10 Petua Awet Muda

Petua awet muda sering dicari oleh ramai orang. Mereka yang berusia sering memikirkan apa yang harus dilakukan sebagai cara awet muda. Jika dilihat sesetengah orang tua; wajah mereka nampak awet muda berbanding dengan usia sebenar mereka. Mereka mungkin mengamalkan cara pemakanan dan lain-lain amalan penjagaan kesihatan untuk awet muda ini. Ada orang tua yang mengamalkan makan ulam-ulaman dan sebagainya sebagai langkah atau cara awet muda. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapat awet muda ini. Dibawah dinyatakan dan dikongsikan 10 petua atau rahsia awet muda. Bolehlah kita pilih dan amalkan.

rahsia awet muda

Penjagaan Kesihatan Yang Menyeluruh Agar Awet Muda

Petua Melayu Lama Untuk Awet Muda

Pilihan 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Pilihan 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Pilihan 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Pilihan 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Pilihan 5 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Pilihan 6 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Pilihan 7 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. Wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

Pilihan 8: Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Pilihan 9: Kisar beberapa jambul nenas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.

Pilihan 10: Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Berikut tadi merupakan 10 petua awet muda yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin nampak muda.

 

 

Produk yang baik untuk meremajakan kulit dan awet muda ialah Minuman Collagen.

Gluta berry’s Collagen 5000mg adalah serbuk minuman antioksidan tinggi dariCollagen, Maqui Berry, Blueberry serta sari ekstrak herba untuk kecantikan wajah dari dalam dan peningkatan tenaga. Ia kaya dengan aktioksidan anthocyanin dariMaqui Berry (3 kali ganda antioksidan berbanding acai berry), enzim dan polyhenolserta aktioksidan glutathione.

produk awet muda

Makanan Tambahan Collagen Yang Mencukupi Untuk Tubuh Menjamin Kesihatan & Memutihkan Kulit Dan Menaikkan Seri Wajah Juga Awet Muda

Gluta Collagen Berry’s juga disarikan dengan vitamin A, C dan E serta cepat menyerap terus ke dalam darah melalui air liur tanpa melalui proses penghadaman yang mungkin mengurangkan keaktifan dan keberkesanannya. Dengan ini tidak hairanlah dalam masa yang singkat beberapa hari sahaja kulit anda akan kelihatan licin dan cerah.