5 Ciri Suami Yang Hebat

Artikel ini akan berkongsi panduan, tips, rahsia dan ciri suami yang hebat. Ciri suami yang hebat ini haruslah dimiliki oleh semua suami. Dengan memiliki ciri suami yang hebat kehidupan rumahtangga pasti akan menjadi baik, bahagia, tenang dan ceria. Ciri paling utama untuk menjadi suami yang hebat dan terbaik ialah memastikan diri bertanggungjawab juga semua orang anak dan isteri memiliki sifat takutkan Allah. Ciri suami yang hebat dan terbaik kepada isteri dan anak-anak ini merupakan cita-cita murni seorang suami. Suami haruslah berusaha dengan berdoa agar dikurniakan ciri suami yang hebat dan terbaik ini.

Berikut adalah panduan, tips, rahsia, bagaimana cara dan ciri suami yang hebat.

rahsia panduan tips ciri suami yang hebat dan terbaik

Suami Yang Hebat Yang Membantu Isteri Di Dapur Bila Berkesempatan !!

Petua Untuk Menjadi Suami Hebat

1. Suami yang matang – Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

2. Pandai Memasak – Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

3. Suami yang mampu urus diri sendiri – Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri.

4. Mempunyai prinsip dan pendirian – Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

5. Menjaga anak-anak bersama isteri – Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

Demikianlah panduan, tips, rahsia, bagaimana cara dan ciri suami yang hebat dan terbaik  yang boleh suami usahakan untuk mendapatkannya.

Semoga anda berjaya memiliki ciri suami yang hebat dan terbaik ini.

Kepada para wanita sentiasalah berdoa agar mendapat suami yang memiliki ciri suami yang hebat dan terbaik.

 

 

 

cara menjadi suami yang hebat dan terbaik

Stor Suami Isteri

PRODUK SUAMI ISTERI ADA DISEBELAH KANAN BLOG INI

LIHAT-LIHATLAH

MUNGKIN ANDA DAN PASANGAN MEMERLUKANNYA SUATU HARI NANTI

SEMOGA HIDUP ANDA DAN PASANGAN CERIA & BAHAGIA