Ya Lemon merupakan buah-buahan yang berwarna kuning cantik mempunyai bau yang harum. Lemon merupakan buah yang berkhasiat dan mudah diperolehi sekeliling kita. Lemon boleh diperolehi dengan mudah.

Walau harganya agak mahal, namun khasiat dan manfaatnya sangat besar kepada keperluan
tubuh kita. Penggunaan Lemon semakin popular apabila ramai yang mula sedar akan manfaat
kesihatan yang boleh kita perolehi darinya.

1. KURUSKAN BADAN

Minum air lemon pada waktu pagi dapat membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting untuk proses diet.
2. TINGKATKAN HIDRASI & SUMBER TENAGA

Kebiasaannya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenaga. Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam, pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari
3. BAIK UNTUK KECANTIKAN KULIT

Tahukah anda yang lemon ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.
4. MENGUATKAN SISTEM IMUN

Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, ia dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan kita mudah terkena demam selesema.
5. MELANCARKAN PROSES PENGHADAMAN

Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar, cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi.

Air suam dengan lemon ini membantu merangsang saluran penghadaman dan merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.

Berikut diatas merupakan fungsi-fungsi utama Lemon dan manfaat yang akan kita perolehi dari mengamalkannya.

Ayuh kita sama-sama mengamalkannya agar tubuh kita sentiasa sihat, bertenaga dan mendapat pelbagai manfaat kesihatan yang baik darinya.