Amalan Ringan Pahala Besar

Kuliah amalan ringan pahala besar oleh Dr Abdul Basit ini menjelaskan pelbagai amalan dari hadis sahih yang boleh dilakukan oleh manusia mendapatkan ganjaran pahala yang besar dari Allah. Sebagai umat Muhammad kita amat mencintai Nabi dan mengharapkan Syafaat Nabi di akhirat kelak untuk ke Syurga Allah. Untuk mendapat Syurga Allah ini memerlukan kita melakukan dan membanyakkan ibadat untuk mendapat banyak pahala dari Allah. Banyak amalan ringan pahala besar yang dapat dari hadis Nabi yang soheh yang boleh diamalkan oleh kita bagi mendapat ganjaran pahala yang besar dan berlipat ganda. Oleh itu sebagai umat Nabi Muhammad yang patuh, kita haruslah mempelajari dan mengetahui pelbagai ilmu hadis yang mampu diamalkan untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah.

Amalan Ringan Pahala Besar

Amalan Ringan Pahala Besar

Amalan ringan pahala besar ini membincangkan pelbagai amalan-amalan yang mudah dan ringkas yang boleh dilakukan manusia sebagai ibadat. Semua ibadat kita merangkumi kepada semua kepercayaan, perlakuan, perbuatan, percakapan, hati kita dan lain-lain adalah dengan niat untuk mengabdikan diri kepada Allah. Dengan menjadikan segala perlakuan, perbuatan dan semuanya dilakukan diri adalah untuk sebagai mengabdikan diri kepada Allah akan menjadikan seluruh hidupnya KAYA disisi Allah. Panjang umur seseorang dalam ketaatan memberikan kebaikan diri.

Untuk mendapatkan penjelasan yang lengkap dan menyeluruh mengenai amalan ringan pahala besar ini. Ikutilah penjelasan dari Dr Abdul Basit ini. Semoga kita mendapat manfaat dan kebaikannya.

Antara ibadat yang besar pahalanya yang ringkas yang mudah untuk diamalkannya ialah

1. Bagaimana untuk berpahala seluruh hidupnya?

2. Bagaimana untuk mendapat pahala membaca satu Al-Quran dengan hanya 15 saat?

3. Bagaimana untuk mendapat ganjaran 7000 pahala dari amalan ringkas?

 

Jom Like Facebook Demibahagia.com ini ya
Semoga kita diberi kekuatan dan bantuan dari Allah untuk sentiasa mengamalkan amalan mudah ini agar mendapat Redha, Berkat & Rahmat dari Allah. Semoga kita terus istiqomah mengamalkan segala amalan baik dan mati dalam Iman. Dijauhkan kita dari neraka Jahanam dan ditempatkan di Syurga Allah. Ameen.