Atasi Masalah Kencing Manis

Peyakit kencing manis merupakan salah satu penyakit kritikal yang dihidapi oleh ramai individu baik di Malaysia mahupun di luar negara. Pertambahan bilangan pesakit yang menghidap penyakit kencing manis benar-benar menggusarkan ramai pihak. Pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, namun bilangan pesakit kencing manis masih lagi bertambah dari semasa ke semasa. Artikel kali ini akan membincangkan tentang bagaimana caranya untuk atasi masalah kencing manis yang semakin betambah dalam kalangan masyarakat.

bersenam dapat mengatasi masalah kencing manis

Sebagaimana yang kita sedia maklum, penyakit kencing manis ini biasanya akan menyerang individu-individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau dipanggil obesiti. Berat badan yang besar bermakna seseorang individu itu mempunyai kandungan gula di dalam badan yang sangat tinggi. Hal ini bermakna, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang secukupnya untuk mengawal paras gula di dalam tubuh seseorang indidvidu. Pertambahan bilangan gula juga menyebabkan buah pinggang seseorang terpaksa bekerja lebih untuk menapis bahan yang berlebihan di dalam tubuh, dan hal ini juga membawa kepada kegagalan buah pingganga.

Adakah kita akan membiarkan tubuh kita terus diserang oleh opelbagai jenis penyakit? Sudah semestinya tidak. Oleh itu, cara atasi masalah kencing manis yang pertama ialah dengan mengawal cara pemakanan. Dalam sepinggan makanan yang diambil hendaklah mengandungi kesemua unsur di dalam piramid makanan. Serta, pastikan makanan yang diambil adalah mematuhi kadar yang telah ditetapkn oleh piramid makanan. Hal ini kerana pada setiap peringkat makanan mempunyai kegunaannya yang tersendiri untuk tubuh.

Seterusnya, seseorang individu hendaklah sering bersenam. Bersenam bukan sahaja dengan berlari atau melakukan aktiviti lasak. Sekiranya seseorang berjalan kaki ke tempat kerja atau ke sekolah, hal ini juga telah dikategorikan sebagai bersenam. Sekiranya seseorang bejalan kaki selama dua jam setengah, maka dia telah dapat membakar banyak lemak di dalam badannya.

buah-buahan mencegah kencing manis

Makan buah-buahan juga diantara cara untuk atasi masalah kencing manis . Tahukah anda, buah-buahan mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk membantu sistem pencernaan anda. Jadi, pemakanan buah-buahan secara konsisten dapat membantu membuag semua bahan-bahan yang tidak diingini dari tubuh anda melalui proses perkumuhan.

Cara untuk atasi masalah kencing manis adalah juga dengan mengurangkan pengambilan makanan yang terlalu banyak gula dan lemak. Sudah semestinya kita tidak boleh menolak daripada mengambil gula dalam makanan, kerana gula merupakan salah satu sumber tenaga utuk tubuh, namun pengambilannya dalam kadar yang banyak juga memberi mudarat. Seseorang juga dinasihatkan agar tidak selalu mengambil makanan ringan. Kerana kandungan campuran di dalamnya mungkin juga dapat membawa kesan sampingan yang lain di samping mendapat penyakit kencing manis.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang bagaimana untuk mengatasi masalah kencing manis. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para pembaca.