Cara Elak Malas Solat

Bagaimana cara untuk elak malas solat ni? Masalah malas solat ini bukan dihadapi oleh kanak-kanak sahaja, malah orang dewasa juga sering culas atau malas untuk solat. Sebagai seorang Muslim, kita harus tahu bahawa solat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas semua Muslim setiap hari. Untuk elak malas solat ini seseorang harus betul-betul faham bahawa kita akan dipersoalkan Allah nanti. Kita pasti mati dan kehidupan selepas mati itu kekal. Dengan mengingati mati tentu kita rasa takut dan dengan ini kita akan lebih patuh suruhan Allah, ini merupakan cara ampuh untuk elak malas solat atau malas sembahyang. Solat atau sembahyang merupakan tuntutanyang tidak boleh dielak oleh setiap Muslim.

Cara elak malas solat ini boleh dikongsikan seperti berikut.

elak malas solat

Solat Rukun Islam Yang Ke-2 !!

Petua Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

Berikut tadi adalah panduan untuk elak malas solat yang sering berlaku kepada kita semua. Namun dengan berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar membantu kita agar benar-benar mampu menjaga solat. Dengan doa kepada Allah merupakan senjata ampuh Muslim untuk elak malas solat ini.

 

 

 

 

PRODUK SUAMI-ISTERI ADA SEBELAH KANAN BLOG INI

TENGOK-TENGOK LAH

MUNGKIN ANDA MEMERLUKANNYA SUATU HARI NANTI

SEMOGA ANDA BAHAGIA DAN CERIA SELALU