Cara Mengubati Kencing Manis

Penyakit kencing manis bukanlah satu penykit yang baru dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia seperti sudah menjadi satu fenomena biasa yang pasti akan terjadi dalam kalangan masyarakat. Adakah tiada penawar bagi penyakit kencing manis ini?  Umum mengetahui, bahawa penyakit kencing manis ini biasanya akan menyerang setiap individu yang mempunyai berat badan yang sangat besar atau dipaggil obesiti. Hal ini demikian kerana, kandungan gula yang terlalu banyak menyebabkan rembesan hormon oleh organ pankreas tidak mencukupi untuk menampung kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam badan. Oleh itu, kandungan gula tidak dapat dikawal dengan baik.

bersenam dapat merawat kencing manis

Artikel kali ini akan menyentuh tentang cara mengubati kencing manis. Pertama sekali sudah semestinya pesakit yag menghidap penyakit kencing manis harus selalu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan. Dalam masa yang sama, pesakit yang menghidap kencing manis juga harus mendapatkan suntikan insulin. Hal ini adalah tertentu bagi pesakit kencing manis pada jenis pertama, iaitu ‘insulin dependent diabetes’. Suntikan insulin adalah sangat penting bagi menampung bilangan insulin yang tidak mencukupi untuk mengawal kandungan gula di dalam darah.

Seterusnya, cara mengubati kencing manis adalah dengan sentiasa bersenam. Kencing manis adalah disebabkn kandungan gula yang perlu ditukar kepada bentuk tenaga adalah melebihi dari yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian, dengan bersenm, dapat membakar lebihan tenaga yang terkandung di dalam tubuh. Tenaga ini akan ditukar ke dalam bentuk peluh dan haba yang dikeluarkan dari tubuh badan. Tahukah anda bahawa dengan berjalan kaki selama dua jam setengah sahaja dapat membakar banyak lemak di dalam badan. Jadi, gunakanlah masa senggang anda untuk bersenam biarpun hanya dengan berjalan.

air putih boleh merawat kencing manis

Dalam masa yang sama, cara mengubati kencing manis adalah dengan mengamalkan diet seimbang. Pengambilan makanan seharian hendaklah menitikberatkan elemen-elemen penting yang wajib ada dalam sepingga makanan. Pesakit kencing manis adalah dielakkan daripada pengambilan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi. Hal ini demikian kerana, karbohidrat merupakan satu punca tenaga untuk badan serta mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Selain itu, pemakanan herba-herba dan tumbuh-tumbuhan semuajadi juga sangat baik untuk merawat penyakit kencing manis. Herba-herba mempunyai bahan aktif dan soluble fibre yang sangat baik untuk merawat kencing manis. Tumbuh-tumbuhan semualajadi seperti daun sirih, daun serutun, buah petai dan peria katak juga sangat baik untuk mengawal atau merawat penyakit kencing manis.

Seterusnya, pesakit kencing manis juga dinasihatkan agar banyak minum air putih. Hal ini kerana, dengan air putih dapat mengurangkan kepekatan kandungan gula di dalam tubuh manusia.

Demikian sedikit sebanyak perkongsian tentang cara mengubati kencing manis. Semoga dengannya dapat memberi manfaat kepada setaip pembaca.