Cara Merawat Buasir Selapas Bersalin

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah. Walau bagaimanapun, buasir boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. Di mana buasir luaran ternyata lebih sakit berbanding buasir dalaman. Hal ini kerana, buasir luaran berlaku di bahagian anus dan dubur. Kesan penyakit ini kian dirasai semasa pesakit sedang meneran sewaktu membung air besar.

mengandung merupakan faktor buasir

Pelbagai faktor yang menyebabkan seseorang dari menghidap penyakit buasir ini. Antaranya seseorang yang selalu mengamalkan sikap suka menahan keperluan membuang air besar. Selain itu, seseorang yang tidak mengamalkan diet yang seimbang juga akan terjebak kepada terkena penyakit ini. Seterusnya, seseorang yang selalu terkena sembelit. Selain itu, seseorang yang duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama juga berisiko terhadap bausir. Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. Akhir sekali, wanita yang mengandung juga berisiko tinggi menghidap masalah buasir ini . Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih rengang, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini. Walau bagaimanpun, terdapat pelbagai cara merawat buasir selepas bersalin.

broccoli kandung serat yang tinggi

Antara cara merawat buasir selepas bersalin ialah pertama boleh diamalkan adalah jaga pemakanan. Mesti ambil makanan yang tinggi fiber seperti barli, roti gandum penuh, epal, almond, brokoli. Jika tak mampu nak makan benda tu semua setiap hari, amalkan pemakanan sihat dengan mengambil vitamin yang mengandungi fiber tinggi seperti ini. Seterusnya, cara merawat buasir selepas bersalin ialah seseorang perlu mengamalkan memakan omega. Kerana omega dapat mengurangkan bengkak akibat buasir, kurangkan radang dan kesakitan. wanita yang lepas beralin juga digalakkan makan Osteomatrix.Osteomatrix sangat bagus bagi  melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis Jadi, Osteomatrix juga merupakan salah satu cara merwat buasir selepas bersalin.

Cara merawat buasir selepas bersalin juga ialah seseorang perlu mendapat produk yang mengandungi kandungan zink yang tinggi. pengambilan zink yang mencukupi sangat penting untuk sembuhkan luka akibat buasir berdarah. Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara merawat buasir selepas bersalin daripada berulang. Walau bagaimanapun, sebelum menggunakan cara-cara di atas perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah.