Cara Merawat Kencing Manis

Peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis semakin menggusarkan ramai pihak. Penyakit kecing manis ini telah menghabiskan banyak kos perubatan dan rawatan sampingan. Sehinggakan ada segelintir masyarakat yang menghidap penyakit ini enggan mendapatkan sebarang rawatan dari mana-mana klinik mahupun hospital.

Kebiasaannya, pesakit yang menghidap kencing manis ini akan dimomok-momokkan dengan kenyataan-kenyataan yang menakutkan seperti akan kehilangan kaki, tidak mampu berjalan dan akan pendek umur. Tiada yang salah pada kenyataan ini, namun kini, semua kenyataan itu dapat dikurangkan dengan mengamalkan beberapa cara merawat kencing manis. Sehubungan dengan itu, artikel kali ini akan mengupas tentang bagaimana cara merawat kencing manis

buah bendi dapat digunakan untuk merawat penyakit kencing manis

Selain daripada bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital, pesakit yang menghidp kencing manis juga dapat merawat kencing manis mereka dengan cara mengmalkan makan buah bendi. Buah bendi sangat sesuai untuk mengurangkan kencing manis pesakit. Cara-caranya adalah dengan memotong besar-esar dua biji buah bendi, lalu direndam ke dalam air panas. Setelah itu, rendaman tersebut hendaklah ditutup. Apabila telah suam, pesakit dikehendaki meminumnya. Dan ini hendaklah diulang setiap hari pada waktu pagi dan petang.

Selain itu, pesakit juga boleh mengamalkan pengambilan herba-herba yag boleh merawat kencing manis. Antara herba yang boleh diambil ialah halba. Kajian di India dan barat telah mendapati bahawa halba sangat baik untuk merawat penyakit kencing manis. Hal ini kerana, halba mempunyai bahan aktif dan ‘soluble fibre’ yang mampu memberi kesan kepada hypoglamic yang ketara.

buah petai sangat baik untuk mencuci darah dan merawat kencing manis

Dalam masa yang sama, cara merawat kencing manis yang seterusnya ialah dengan mengambil peria kata. Peria ini mengandungi phyto-insulin yang mampu mengawal dan menurunkan kadar gula di dalam darah pesakit. Seterusnya ialah dengan menggunakan kayu manis. Kayu manis mengandungi HMP yang sangat berkesan untuk merawat kencing manis. Di Itali, didapati bahawa orang yang gemar memakan epal pie adalah sangat jarang mendapat kencing manis. Hal ini kerana epal pie mengandungi serbuk kayu manis yang mampu merawat kencing manis.

Pesakit juga boleh mengamalkan Gymnema iaitu herba ayurvedic yang biasanya terdapat di India. Gymnema mampu meransang pankreas untuk menghasilkan insulin bagi mengawal kadar gula di dalam darah pesakit. Cara merawat kencing manis yang seterusnya ialah dengan menggunakan daun bidara. Daun bidara adalah sebagai agenhypoglacemic kerana ia juga mengandungi bahan aktif.

Antara bahan lain yang yang boleh digunakan untuk merawat kencing manis ialah daun ketumbar, daun merunggai, rumpai laut dan buah nak-nak yang berkedut.

Demikian beberapa cara yang boleh diamalkan untuk merawat penyakit kencing manis. Semoga dengan perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat memberi manfaat kepada para pembaca.