Cara Merawat Keputihan – Salah satu masalah atau penyakit yang sinonim dalam kalangan wanita ialah masalah keputihan. Walaupun bukan semua masalah keputihan memerlukan rawatan, namun setiap wanita harus tahu tentang cara ataupun langkah yang boleh diambil sekiranya masalah ini terjadi.

Oleh itu, pertama skali haruslah dibezakan dahulu, keputihan yang normal terjadi pada setiap wanita dan yang mana tidak normal. Keputihan Vagina atau dalam bahasa perubatannya disebut sebagai leukore atau flour albus, merupakan cairan yang keluar dari vagina atau liang kemaluan secara berlebihan. Dalam keadaan normal, cairan ini tidak sampai keluar, namun belum tentu cairan yang keluar tersebut merupakan suatu penyakit.

Sememangnya, masalah keputihan merangkumi pelbagai jenis keputihan, ada yang normal dan ada juga yang tidak normal disebabkan infeksi atau jangkitan yang memerlukan perhatian dan rawatan daripada doktor. Namun begitu, andai masalah keputihan yang dialami oleh seseorang itu adalah masa keputihan yang normal dan tidak berbahaya, saya yakin pastinya kita tidak akan merasa selesa dan tidak berkeyakinan dalam aktiviti seharian. Oleh itu, setiap daripada wanita harus tahu tentang cara merawat keputihan dan bagaimana untuk terhindar daripada masalah keputihan yang berterusan.

Cara merawat keputihan boleh dilakukan sama ada secara semula jadi ataupun menggunakan sebarang pemakanan tambahan atau suplemen. Antara tips atau cara merawat keputihan yang Izzati ingin kongsikan yang boleh diamalkan oleh setiap daripada kita ialah :

1) Rawat lah keputihan yang dialami dengan cara mengurangkan stress yang anda hadapi dengan cara yang anda selesa. Mungkin anda selesa atau suka berendam didalam air suam atau meluangkan masa untuk berurut dan bersauna di spa sekali sekala.

2) Cara merawat keputihan juga boleh dilakukan dengan mengambil vitamin C dengan dos yang lebih tinggi dari biasa. Setiap orang tidak akan terhindar daripada stress. Ketika stress, kadar penyerapan vitamin C dalam badan akan menurun secara mendadak. Seperti yang kita tahu, kelebihan vitamin C ialah merupakan booster kepada sistem imunisasi kita. Sistem imunisasi yang lemah akan menyumbang kepada ketidakstabilan emosi dan juga memudahkan kita untuk terkena jangkitan atau infeksi seperti jangkitan kuman.

                                cara merawat keputihan dengan vitamin c

3) Penggunaan pantyliner herba juga boleh dijadikan sebagai saah satu cara merawat keputihan. Guna lah pantyliner berherba yang dibuat dari 100{3f483cea2712dd0167ca2cc4f1ac83182151141ae801dcc9c9bc065192f8d615} kapas. Kapas dapat menyerap lendir dan cecair keputihan dengan lebih effective dari gel. Herba yang terkandung dalam pantyliner tersebut sedikit sebanyak dapat membantu mencuci dan mengurangkan kegatalan yang dihadapi wanita tadi.

cara merawat keputihan dengan pantyliner herba

4) Cuci Miss V dengan air rebusan daun sireh yang masih suam. Sireh memang diakui mempunyai kesan anti-bakteria dan petua ini telah diamalkan secara turun temurun oleh nenek moyang kita. Ianya juga dapat menaikkan seri wajah wanita tadi. Miss V sihat, Seri wajah juga akan meningkat!

 

Rawatan kepada masalah keputihan hendaklah dilakukan sentiasa agar alat suit wanita anda sentiasa segar dan terhindar daripada jangkitan bakteria. Cara merawat keputihan yang betul perlu didalami oleh setiap wanita dan hendaklah diamalkan agar masalah ini dapat dikawal dan diatasi.