Cara Semulajadi Merawat Kencing Manis

Penyakit kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh peningkatan kadar gula di dalam tubuh anda. Sekirany anda adalah seorang penghidap kencing manis, ini bermakna organ pankreas anda tidak lagi dapat menghasilkan hormon insulin yang mencukupi untuk menampung pertambahan kadar gula di dalam tubuh anda yang meningkat secara mendadak. Untuk pengetahuan anda, hormon insulin adalah sangat penting untuk mengawal peningkatan dan penurunan kadar gula di dalam darah anda. Oleh hal yang demikian, terdapat rawatan klinikal yang memerlukan anda untuk disuntik insulin pada waktu-waktu yang tertentu. Namun, jangan risau, terdapat juga cara semulajadi merawat kencing manis yang dapat dilakukan di rumah sebagai satu langkah inisiatif untuk merawat kencing manis anda.

daun pegaga dapat merawat kencing manis

Tahukah anda, bahawa Gymnema merupakan satu tumbuhan yang sangat berkhasiat untuk merawat penyakit kencing manis. Gymnema telah pun digunakan dalam rawatan ayurveda ke atas pesakit yang penghidap kencing manis di India. Hal ini kerana, Gymnema ini memainkan peranan untuk meransang atau memaksa organ pankreas anda agar menghasilkan lebih banyak hormon insulin untuk pengawalan kandungan gula di dalam badan.

Cara semulajadi merawat kencing manis yang seterusnya adalah dengan menggunakan daun pegaga. Daun pegaga ini boleh dijadikan sebagai ulam ketika dimakan bersama nasi. Namun diingatkan agar tidak mengambil nasi terlalu banyak kerana kandungan gula di dalam nasi juga agak tinggi. Dalam masa yang sama, daun pegaga juga boleh direbus dan dijadikan sebagai air minuman. Daun pegaga sangat baik untuk mengurangkan gula di dalam tubuh.

daun sirih merawat kencing manis

Cara semulajadi merawat kencing manis  juga adalah dengan mengambil daun sirih. Daun sirih hendaklah dan dibasuh dan direbus. Lalu air rebusan tersebut hendaklah diminum pada setiap hari. Dalam masa yang sama, rawatan kencing manis secara semulajadi juga boleh menggunakan akar petawali atau juga dikenali sebagai akar serutun. Akar serutun ini hendaklah ditumbuk lalu dimasukkan ke dalam air sejuk. Air sejuk tersebut hendaklah dalam kadar setengah gelas. Setelah ditapis, anda dinasihatkan agar meminumnya pada setiap pagi dan petang.

Pati ramai yang telah mengatahui khasiat buat petai sebagai pembersih buah pinggang. Dalam masa yang sama, batang pokok petai juga boleh digunakan sebagai cara semulajadi merawat kencing manis. Caranya adalah dengan mengambil batang pokok petai sebesar tapak tangan lalu direbus sehingga air rebusan menjadi hitam. Anda dinasihatkan agar meminum air rebusan tersebut sehari sekali. Manakala, buah petai pula digunakan dengan cara merebus lime keping buah petai sehingga empuk. Air rebusan hendaklah diminum setengah gelas pada setiap hari.

Demikian sedikit sebanyak perkongsian tentang kaedah semulajadi merawat kencing manis. Semoga dengan artikel ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.