Cara Tradisional Merawat Buasir

Buasir atau homeroid adalah sejenis penyakit yang berlaku disebabkan oleh pembengkakkan dinding vena dan anus. Masalah ini akan menular ke tahap yang lebih seruis sekiranya pesakit memandang remeh perkara ini. Pelbagai faktor yang mengakibatkan masalah ini. Antaranya, seseorang yang tidak menjaga tahap pemakanan. Selain itu, seseorang yang mengamalkan amalan seks melalui dubur terutama golongan heteroseksual dan homoseksual. Seterusnya, seseorang yang selalu duduk terlalu lama juga merupakan salah satu punca berlakunya buasir. Terutama duduk mencangkung ketika membuang air besar. Hal ini akan mengakibatkan tekanan yang tinggi ketika proses meneran sekali gus menyebabkan masalah buasir.Buasir terdapat dua jenis iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Daun ungu cara tradisional merawat buasir

Hari ini terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah penyakit buasir daripada terus berulang. Jadi, sekarang kita fokuskan kepada cara tradisional merawat buasir. Antaranya, ara mengubati buasir secara tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi salah satunya adalah menggunakan daun ungu. Daun ungu atau daun wungu yang boleh membantu mengatasi masalah buasir. Cara membuat ramuan ini adalah dengan merebus 10 gram daun ungu segar, dan 15 gram daun sudu segar, direbus ke dalam 3 gelas air hingga yang tersisa adalah 2 gelas air sahaja. Jika sudah sejuk, kemudian saring dan minumlah air ramuan ini setiap hari dan diminum di siang hari. Lakukanlah setiap hari sampai penyakit ini sembuh sepenuhnya.

penawar penyakit buasir

Kedua, cara tradisional merawat buasir ialah dengan menggunakan bawang putih. Kandungan dalam bawang putih adalah baik untuk merawat masalah buasir ini. Tambahan pula, bawang merupakan sesuatu yang mudah untuk didapati. Walau bagaimanapun, cara penyediaannya pun sangat mudah. Pertama, tumbuk bawang outih sehancurnya. Kedua, perah bawang tersebut dan ambil air dari bawang tersebut. Kemudian air ini digunakan untuk membantu menyebuhkan buasir. Amalkan perkara sama setiap hari sehingga buasir ini sembuh sepenuhnya. Dan sebaiknya anda melakukan perundingan terlebih dahulu dengan doktor anda untuk menanyakan tentang manfaat bawang putih ini. Pelbagai cara tradisional merawat buasir tetapi bergantung kepada keberkesanannya sama ada cepat mahu pun lambat.

Kesimpulannya, pesakit buasir perlulah mengambil serius tentang perkara ini. Masalah ini akan berjaya dibendung sekiranya semua mengambil serius tentang perkara ini. walau bagaimanapun nasihat daripada doktor yang bertauliah adalah amat-amat digalakkan. Di samping itu, diet pemakanan juga perlu dijaga. Sekiranya sesorang ingin mengelak atau menyembuhkan buasir pemakanan yang sihat perlu diamalkan. Jauhkan diri daripada memakan makan yang tidak sihat seperti makanan berlemak dan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.Jadi, makan buah-buahan juga merupakan cara tradisional merawat buasir. Justeru, bayakkan makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti betik dan pisang. Serat berperanan sebagai pelawas dalam sistem pencernaan. Jadi, pada masa yang sama makanan ini akan melancarkan proses pencernaan dan depat mengelakkan diri daripada masalah buasir.