Cara Tradisional Merawat Kencing Manis

Kencing manis merupakan penyakit yang disebabkan oleh kegagalan organ pankreas di dalam tubuh untuk menghasilkan hormon insulin yang mencukupi di dalam tubuh manusia. Hormon insulin ini adalah bertanggungjawab untuk menyeimbangkan kandungan gula dan mengawal paras gula di dalam tubuh manusia. Sekiranya hormon ini tidak dapat dirembeskan dengan baik, maka kandungan gula di dalam tubuh manusia akan meningkat dan tidak dapat dikawal, maka muncullah penyakit kencing manis.

Sesetengah pesakit yang menghidap kencing manis terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan susulan. Namun, dalam masa yang sama terdapat juga segelintir pesakit yang biasanya tinggal di kawasan perkampungan untuk menggunakan rawatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis ini. Artikel kali ini akan menyentuh tentang cara tradisional merawat kencing manis yang dapat dipraktikkan oleh setiap lapisan umur.

peria katak mampu merawat penyakit kencing manis

Cara tradisional merawat kencing manis yang pertama ialah dengan menggunakan daun sirih. Daun sirih ini amat berkhasiat untuk merawat penyakit kencing manis. Cara-cara peggunaannya ialah dengan merebus 10 helai daun sirih bersama lima ulas bawang merah. Kesemua bahan-bahan ini hendaklah direbus dengan menggunakan dua gelas air sejuk. Setelah mendidih, pesakit hendaklah minum air rebusan ini dan dinasihatkan agar mengamalkannya setiap hari pada waktu pagi dan petang.

Seterusnya ialah dengan menggunakan peria katak. Buah peria katak yang pahit sangat mujarab untuk dijadikan ubat. Peria ini boleh dimasak sesuai dengan cara masakan untuk pesakit atau dijadikan jus. Dalam masa yang sama, kencing manis juga boleh dirawat dengan menggunakan buah petai. Lazimnya, orang-orang kampung menjadikannya sebagai satu alat untuk mencuci buah pinggang. Cara-caranya ialah dengan mengambil batang pokok petai sebesar tapak tangan, lalu rebus batang tersebut sehingga mendidih dan setelah air rebusan bertukar menjadi hitam. Pesakit dinasihatkan agar mengambil air rebusan tersebut sekali sehari. Buah petai juga sangat berkhasiat untuk merawat kencing manis. Cara-caranya adalah dengan mengambil 5 keping buah petai. Lalu buah etai tersebut hendaklah direbus. Dan air rebusan tersebut hendaklah diminum setengah gelas setiap hari. Dan kadar pengambilannya hanya sekali sehari.

buah petai dapat merawat penyakit kencing manis

Cara tradisional merawat kencing manis yang seterusnya ialah dengan menggunakan akar patawali atau juga dikenali sebagai akar serutun. Cara-cara penggunaannya ialah dengan mengambil dua inci akar patawali lalu ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu campurkan ia ke dalam setengah gelas air sejuk. Setelah agak lama, tapiskan air tersebut. Pesakit yang menghidap kencing manis dinasihatkan agar mengambil air tersebut pada setiap hari pada waktu pagi dan petang.

Terdapat juga beberapa bahan lain yang boleh digunakan seperti kayu manis, jintan hitam, halba dan daun bidara. Natijahnya, bahan-bahan semulajadi juga mengandungi khasiat yang tersendiri serta mampu memberi penawar kepada penyakit kencing manis. Demikian sedikit sebanyak perkongsian tentang cara tradisional merawat kencing manis. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.