Kaedah Merawat Kencing Manis

Penambahan kandungan gula di dalam badan menyebabkan organ pankreas terpaksa bekerja lebih untuk menghasilkan insulin. Insulin adalah sangat penting untuk mengawal kadar penambahan dan penurunan gula di dalam tubuh manusia. Dan seandainya seandainya organ pankreas tak mampu menghasilkan hormon insulin yang cukup mengikut kandungan gula di dalam badan, hal ini membawa kepada penyakit kencing manis.

Artikel kali ini akan membincangkan tentang kaedah merawat kencing manis. Biasanya pesakit yang menghidap kencing manis terpaksa mengambil suntikan insulin pada waktu yang tertentu. Suntikan ini adalah sebagai sokongan untuk menampung hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas di dalam badan. Hormon insulin adalah sangat penting untuk mengawal kadar kenaikan dan penurunan gula di dalam tubuh badan. Suntikan insulin adalah sangat penting bagi pesakit diabetes jenis pertama iaitu ‘insulin dependent diabetes’.

akar serutun dapat merawat kencing manis

Bagi pesakit yang menghidap kencing manis jenis kedua, iaitu ‘non-dependent insulin diabetes’, mereka tidak memerlukan suntikan insulin. Namun, mereka harus menjaga gaya pemakanan dan cara hidup mereka. Hal ini adalah bagi mengurangkan berat badan pesakit. Kebiasaannya pesakit adalah digalakkan untuk bersenam dan mengamalkan makanan yang seimbang.

Kaedah merawat kencing manis juga adalah dengan mengamalkan sayur-sayuran. Antara ulam yang boleh diamalkan ialah petai. Pasti ramai yang sedia maklum, bahawa petai sangat baik untuk mencuci buah pinggang. Petai juga sangat baik untuk merawat kencing manis. Petai boleh diambil air rebusannya lalu diminum setiap hari, manakala batang pokok petai juga sangat berguna untuk merawat kencing manis dengan cara penggunaan yang sama.

Kaedah merawat kencing manis juga adalah dengan mengamalkan jus peria katak. Peria katak sangat baik untuk mengurangkan kadar gula di dalam badan. Selain daripada dijadikan jus, peria ini juga boleh dimasak sesuai dengan sajian bagi pesakit. Dalam masa yang sama, pesakit juga boleh mengamalkan daun pegaga. Daun pegaga ini boleh dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Namun, kadar pengambilan nasi juga perlu dihadkan kerana nasi mengandungi kadar karbohidrat yang sangat tinggi. Daun pegaga juga boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum.

daun sirih dapat merawat kencing manis

Seterusnya, kaedah merawat kencing manis adalah dengan mengamalkan minum air putih. Mengapa kita disarankan agar mengambil air putih sekurang-kurangnya tujuh gelas sehari? Hal ini kerana, air putih sangat baik untuk mengurangkan kadar kandungan gula di dalam tubuh seseorang individu. Dalam masa yang sama, air rebusan daun sirih juga boleh dijadikan salah satu inisiatif untuk merawat kencing manis. Begitu juga dengan akar petawali atau juga dikenali sebagai akar serutun. Akar serutun ini hendaklah ditumbuk dan dimasukkan ke dalam air sejuk yang berisipadu setengah gelas. Campuran ini hendaklah ditapis sebelum diminum. Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan minuman ini setiap pagi dan petang.

Demikian beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat kencing manis. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.