Kencing Manis Boleh Sembuh

Masalah kencing manis bukanlah satu penyakit yang baru dalam kalangan masyarakat kita. Susulan bertambahnya jenis-jenis makanan baru, maka bilangan pesakit yang menghidap kencing manis juga semakin bertambah dari semasa ke semasa. Namun ada juga penghidap kencing manis yang memperoleh penyakit tersebut mengiut keturunan dan ada juga yag disebabkan masalah organ di dalam tubuh manusia. Sebenarnya, masalah kencing manis bukan sahaja hanya disebakan oleh bertambahnya berat badan atau dikenali sebagai obesiti, malah penyakit ini juga turut disebabkan oleh faktor-faktor sampingan yang lain. Antara punca lain penyakit kencing manis ini adalah apabila organ pankreas di dalam tubuh tidak lagi mampu merembeskan hormon insulin yang mencukupi untuk engawal kadar gula di dalam darah.

Hormon insulin adalah sangat penting. Hal ini kerana, dengan adanya hormon insulin ini, kadar gula di dalam tubuh dapat dikawal dan dapat mengelakkan kandungan gula yang berlebihan di dalam tubuh manusia. Jadi, sekiranya hormon ini tidak dapat dirembeskan dengan kauntiti yag tepat, maka kandungan gula di dalam tubuh akan terus meningkat.

pemeriksaan doktor sangat penting untuk memastikan kandungan gula di dalam darah tidak meningkat

Namun, penyakit kencing manis boleh sembuh. Setiap penyakit mempunyai penawarnya kecuali kematian. Oleh hal yang demikian artikel kali ini akan membincangkan tetang cara untuk merawat penyakit kencing manis agar sembuh. Perkara yang utama ialah, pesakit yang menghidapi kencing manis hendaklah mengikuti nasihat dan saranan yang telah ditetapkan oleh doktor. Pesakit juga hendaklah sentiasa mematuhi jadual rawatan susulan yag biasanya akan dilakukan pada waktu-waktu tertentu. Rawatan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa kandungan gula di dalam tubuh sentiasa berada pada paras yang aik. Dalam masa yang sama, rawatan ini juga sangat penting bagi memastikan bahawa tiada kesan sampingan yang dibawa oleh pesakit yang menghidp kencing manis.

Dalam masa yang sama, penyakit kencing manis boleh sembuh seandainya pesakit dapat mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Pesakit yang menghidap kencing manis hendaklah mengelakkan daripada mengambil makanan manis atau mengandungi kadar gula yang tinggi agar kandungan gula di dalam tubuh dapat dikurangkan. Pesakit juga dinasihatkan agar banyak minum air putih. Hal ini kerana, air putih sangat baik untuk mengurangkan ketumpatan gula atau kepekatan kandungan gula di dalam darah. Oleh itu, pesakit sangat digalakkan mengambil air putih sekurang-kurangnya tujuh gelas sehari.

minum air masak dapat menurunkan kandugan gula dalam badan

Seterusnya, kencing manis boleh sembuh  dengan  bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Dengan berpeluh, dapat membakar lebih banyak lemak di dalam tubuh serta menggunakan lebihan kandungan gula di dalam tubuh dan diubah ke dalam bentuk peluh dan haba yang diserap keluar dari tubuh. Bersenam bukan hanya dengan berlari, berjoging atau melakukan aktiviti lasak, pesakit yang kurang berkemampuan juga boleh bersenam dengan cara berjalan. Tahukah anda, bahawa dengan berjalan kaki selama dua jam setengah dapat membakar lebih banyak lemak di dalam tubuh.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang penyakit  kencing manis boleh sembuh. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.