Masa Untuk Doa Dimakbulkan Dan Mustajab

Artikel ini membicarakan mengenai masa untuk doa dimakbulkan atau waktu mustajab untuk berdoa. Sebagai Muslim atau Mukmin senjata kita yang paling kuat ialah berdoa kepada Allah. Doa kita akan dimakbulkan Allah atau mustajab ketika kita berdoa pada masa untuk doa dimakbulkan Allah. Dari hadis-hadis Nabi, dapat disimpulkan beberapa masa untuk doa dimakbulkan dan mustajab. Namun ANDA harus menyemak dengan orang yang berilmu dalam ilmu hadis untuk mendapat kesahihan hadis yang disampaikan ini.

masa untuk doa dimakbulkan dan mustajab

Di Padang Arafah Pada Hari Arafah Umat Islam Berdoa Pada Allah Untuk Semua Hajat Mereka

Antara masa untuk doa dimakbulkan dan mustajab adalah berikut..

Petua Rasulullah s.a.w.

Untuk Mencapai Masa Untuk Doa Dimakbulkan Dan Mustajab

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Demikian lah tadi masa untuk doa dimakbulkan dan mustajab disisi Allah. Oleh itu marilah kita membanyakkan doa pada Allah untuk sebarang urusan kita. Janganlah kita banyak bercerita sesama manusia, kerana manusia tidak dapat membantu apa pun kepada kita. Hanya Allah sahaja untuk kita sembah dan memohon pertolongan.

 

 

 

PRODUK UNTUK SUAMI ISTERI ADA DISEBELAH KANAN BLOG INI. BACALAH YER. MANALAH TAHU ANDA & PASANGAN MEMERLUKANNYA.