Masalah Keputihan Wanita

Keputihan merupakan suatu masalah normal yang berlaku pada golongan wanita namun ianya tidak boleh dipandang enteng begitu sahaja. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini biasanya mengambil jalan mudah dengan mengambil ubat ubatan klinikal ataupun tradisional tanpa mengetahui punca sebenar ianya berlaku.

Tahukah anda,  masalah keputihan wanita yang normal pada mulanya boleh melarat sehingga membawa kemandulan?
Masalah keputihan ini juga sebenarnya berkait rapat dengan gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap individu itu.

masalah keputihan wanita mesti diatasi dengan segera

Dibawah menunjukkan beberapa penyebab terjadinya keputihan :
1. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan badan cepat menjadi letih dan lesu dan membawa kepada ketidakseimbangan hormon wanita.
2. Stress yang keterlaluan juga menyebabkan hadirnya keputihan terutama bagi wanita yang kuat berkerja atau berkerjaya.
3. Pemilihan material celana dalam yang tidak sesuai (sintetik/nilon) memberi kesan kepada penyerapan peluh yang menyebabkan vagina sentiasa dalam keadaan lembap dan keadaan ini pula amat sesuai untuk pembiakan bakteria.
4. Tidak menukar pantyliner/pad dengan kerap. Ini merupakan satu disiplin untuk menukarnya pada masa yang tepat demi menjaga kebersihan bahagian sulit wanita setiap masa.

Penukaran pantyliner dengan kerap dapat mencegah keputihan

Keputihan sememangnya adalah hal yang normal. Namun boleh juga menjadi tidak normal pada sesetengah wanita. Untuk mengenal pasti keputihan yang dialami itu adalah normal atau tidak normal, anda hendaklah sentiasa memeriksa keadaan vagina dan juga jenis keputihan yang hadir.

Keputihan yang normal :
1. Tidak disertai dengan rasa gatal.
2. Bagi remaja, keputihan hadir biasanya sebelum haid dan juga selepas haid akibat perubahan hormon.
3. Warnanya kuning putih, tidak melekat dan agak cair.

Keputihan yang tidak normal pula menunjukkan tanda :
1. Warnanya lebih berupa kepada kuning kehijauan, kelabu dan kalau yang lebih teruk mungkin juga diiringi dengan sedikit warna merah.
2. Pekat dan berketul ketul disertai juga dengan bau yang kurang menyenangkan.
3. Juga menyebabkan kegatalan pada vagina sehingga kadangkala menyebabkan iritasi pada kulit.
4. Biasanya keluar di saat selain dari masa menstruasi. Iaitu hampir pada setiap masa.

Oleh itu, penting untuk setiap wanita mengetahui cara yang tepat untuk mengatasi masalah keputihan ini. Berikut merupakan cara-cara mengatasi keputihan:
1) Pemilihan pakaian jenis kapas yang tidak ketat lebih sesuai untuk memberi lebih pengudaraan kepada badan.
2) Memastikan Vagina dalam keadaan kering walaupun selepas membuang air kecil untuk mengelakkan terjadinya pembiakan bakteria.
3) Memilih pembersih wanita dengan pH yang sesuai. pH yang tidak sesuai akan menyebabkan lembapan bahagian dalam vagina yang sedia ada terhakis dan kering.
4) Sentiasa menggantikan pad terutama ketika haid dan juga pantyliner pada masa yang tepat.
5) Boleh juga dengan membasuh vagina dengan air rebusan daun sireh setiap dua minggu sekali supaya vagina sentiasa dalam keadaan segar dan bersih.

Akhir kata, diharapkan info ini berguna dan dapat membantu wanita diluar sana yang menghadapi masalah keputihan wanita ini agar terus ceria sepanjang hari tanpa adanya lagi keputihan.