Nasihat Mendidik Anak

Nasihat mendidik anak merupakan merupakan tips, panduan berguna mengenai kaedah dan cara bagaimana untuk mendidik anak dengan baik juga berkesan. Nasihat mendidik anak ini merupakan suatu kemestian yang harus difahami dan diikuti oleh para ibu dan bapa. Nasihat mendidik anak dengan cara yang betul dan tepat ini akan menjadi berguna kepada semua ibu bapa. Ibu bapa sering melakukan carian google dan sebagainya untuk mencari petua, panduan, rahsia, dan kaedah berkesan dan juga nasihat mendidik anak. Dalam kursus-kursus keibubapaan yang di adakan sering memberikan panduan dan nasihat mendidik anak-anak ini.

Dengan mengamalkan nasihat mendidik anak dengan betul dan tepat akan menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Selain itu ianya memberikan kesan yang baik kepada diri anak tersebut, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Carian berkaitan cara, panduan, petua, rahsia, kaedah dan nasihat mendidik anak adalah seperti berikut

cr mendidik anak, dalil mendidik anak, inspirasi mendidik anak, keutamaan mendidik anak, mendidik anak aktif, mendidik anak cemerlang, mendidik anak cerdas, mendidik anak hiperaktif, mendidik anak kembar, mendidik anak mandiri, mendidik anak manja, mendidik anak nakal, mendidik anak sholeh, mendidik anak solat, mendidik anak-anak, pengertian mendidik anak, peribahasa mendidik anak, tip mendidik anak, tips mendidik anak, nasihat mendidik anak, nasihat mendidik anak rasulullah, nasihat mendidik anak dalam islam, kaedah mendidik anak, rahsia mendidik anak, panduan mendidik anak, bagaimana cara mendidik anak dengan berkesan, petua mendidik anak

tips panduan dan nasihat mendidik anak

Berikut dikongsikan cara dan nasihat mendidik anak cara Rasulullah

4 TAHAP BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W ADALAH :

1) Umur anak-anak 0-6 tahun.

Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2) Umur anak-anak 7-14 tahun.

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka.

Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3) Umur anak-anak 15- 21 tahun.

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka.

Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

panduan cara bagaimana nasihat mendidik anak cara Rasulullah
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas.

Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.

Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Masha Allah..sungguh hebat didikan Rasulullah S.A.W

Panduan ini dipetik dan dikongsikan dari laman ini