Pakaian Lelaki Dan Wanita – Ustaz Azhar Idrus

Pakaian lelaki dan wanita berbeza hukumnya dalam Islam. Ustaz Azhar Idrus menjelaskan perbezaan hukumnya dalam Islam antara pakaian lelaki dan wanita. Hukum juga berbeza ketika dalam solat dan diluar solat. Pakaian lelaki yang ketat bertujuan menunjukkan bentuk badan yang hebat (body builder) adalah haram hukumnya. Niat berpakaian itu dinilai Allah dalam semua keadaan pakaian lelaki dan perempuan.

Ustaz Azhar menjelaskan bahawa bentuk tubuh perempuan boleh menaikkan nafsu syahwat lelaki jika mereka berpakaian mendedahkan aurat. Pakaian lelaki dan wanita haruslah menepati ciri menutup aurat yang ditetapkan dalam agama.

cara ber pakaian lelaki dan wanita

Jom Jaga Cara Berpakaian Kita & Orang Dibawah Tanggungjawab Kita !!

Bagaimana pula dengan hukumnya pakaian lelaki dan wanita ini.. Iaitu isu berkaitan wanita berpakaian menyerupai lelaki. Isu pakaian lelaki dan wanita ini harus dihalusi dengan baik untuk mengelakkan kita mendapat murka Allah

Ikuti isu ini dari laman e-fatwa

Sebahagiaan darinya

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)
2008/83/2 Sosial/Syariah
Tarikh Keputusan: 18 Dec, 2008
Huraian Tajuk/Isu:

Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.
Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

Lanjut di laman e-fatwa ini

 

Kupasan kuliah pakaian lelaki dan wanita oleh Ustaz Azhar Idrus ini adalah seperti berikut. Jom ikuti kuliah mengenai pakaian lelaki dan wanita ini…