Panduan, Cara Dan Petua Cuci Hati

Semua insan yang ingin menjadi lebih baik haruslah mencuci hati dari sebarang sifat hati yang kotor. Ramai yang sudah sedar akan mencari petua cuci hati ini. Panduan, teknik, bagaimana cara, panduan dan petua cuci hati ini haruslah difahami dan diamalkan oleh semua orang. Dengan mengamalkan panduan, cara, teknik atau petua cuci hati ini dengan bersungguh akan mampu menjadikan seseorang itu lebih baik.

Hati yang bersih dan suci (bebas dari sebarang sifat hati yang buruk seperti dengki, hasad, bersangka buruk, pendendam dan sebagainya) akan menjadikan diri lebih baik dan bersih. Mereka yang mengamalkan panduan, cara dan petua cuci hati ini akan merasa lebih tenang, tenteram, aman dan bahagia.

Artikel dibawah ini akan berkongsi petua cuci hati.

In sha Allah, marilah kita membaca, memahami, menghayati seterusnya mengikut panduan, cara dan petua cuci hati berikut.

panduan, cara dan petua cuci hati

Banyakkan Berdoa Kepada Allah Agar Allah Membersihkan Hati Kita.. In sha Allah

Petua Mencuci Hati

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan kejahatan.

9. Kadang-kadang perlu ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kalau boleh, sentiasa kekalkan wuduk.

Berikut tadi adalah 10 langkah, kaedah, teknik, tips berkesan, panduan, cara dan petua cuci hati kita dari sifat buruk..

In sha Allah. Marilah kita bersihkan hati kita dari segala sifat buruk

 

 

** Jangan lupa sentiasalah berdoa pada Allah. ” Ya Allah, bersihkanlah hati aku ini “… Amin

 

 

 

 

 

 

Jom Like Facebook Page Demibahagia.Com Ya !!

 

 

facebook petua cuci hati

Klik Sini Dan Like Ye..