Panduan Petua Menjaga Hati Wanita

Menjaga hati wanita ini bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk menjaga hati wanita ataupun isteri memerlukan kita (suami) untuk benar-benar faham dan tenang menangani kerenah wanita ataupun isteri. Terdapat banyak panduan, kaedah, cara bagaimana, teknik, tips berkesan, rahsia dan petua menjaga hati wanita ini yang boleh suami ambil iktibar dan panduan.

Menjaga hati wanita ini berbeza cara dan pendekatan kerana ianya dipengaruhi pelbagai faktor. Banyak faktor dan keadaan yang mempengaruhi peribadi dan hati seseorang wanita ini. Antara faktor yang berkaitan dengan untuk menjaga hati wanita adalah seperti umur, kesihatan, tahap pendidikan, latar belakang keluarga, pengalaman hidup, status diri dan sebagainya. Oleh yang demikian suami haruslah bijak mencari titik yang tepat dalam menjaga hati wanita ini.

kaedah bagaimana cara menjaga hati wanita

Fahamilah ‘Hardware & Software’ Seseorang Wanita…

Artikel dibawah berkongsi panduan, kaedah, tips, cara bagaimana, rahsia, petua menjaga hati wanita yang boleh kita mendapat manfaat daripadanya.

Mari kita lihat

Petua Untuk Memahami Dan Menjaga Hati Wanita

1. Wanita mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.

2. Wanita mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3. Wanita amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya, dan dia akan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

4. Wanita suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta. Asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya, dia tetap dahagakan puji-pujian.

5. Wanita berhati sentimental kerana naluri dan perasaannya yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya.

6. Wanita cemburu. Ini kerana dia lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anaknya.

Tips Cara Berkesan Menjaga Hati Wanita

Hati Seorang Wanita..

Demikianlah untuk kita memahami dan seterusnya berusaha menjaga hati wanita. Lakukan perkara yang baik dan menyenangkan hati wanita, tentu mereka akan mudah tenang, bahagia dan ceria.

Juga jangan lupa untuk kita sentiasa memanjatkan doa kepada Allah agar kita diberikan kekuatan untuk menjaga hati wanita ini. Wanita boleh juga kita dengan ibu sendiri, isteri, ibu mertua dan mungkin juga anak-anak kita. Cara dan pendekatan untuk menjaga hati wanita ini haruslah berbeza-beza dan kreatif.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN

rahsia panduan petua menjaga hati wanita

Stor Suami Isteri

 

 

 

Jom Like Facebook Demibahagia Ya…