Panduan Tips Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Artikel ini membincangkan petua, tips, panduan, teknik, cara bagaimana, kaedah untuk mengawal tekanan darah tinggi. Penyakit tekanan darah tinggi ini dihadapi oleh ramai orang baik lelaki mahupun wanita di Malaysia. Orang yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi harus bijak untuk mengawal tekanan darah tinggi. Untuk mengawal tekanan darah tinggi seseorang harus bijak menangani stress, menjaga pemakanan dan juga membanyakkan aktiviti fizikal tubuh. Kebiasaan wanita yang sedang hamil sering mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan tinggi.

Ada pelbagai petua, tips, panduan, teknik, kaedah, cara bagaimana untuk mengawal tekanan darah tinggi seseorang. Terdapat 12 petua untuk mengawal tekanan darah tinggi yang boleh pengidap penyakit tekanan darah tinggi yang boleh dilakukan untuk mengawal tekanan darah seseorang.

petua panduan teknik cara mengawal tekanan darah tinggi

Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Petua Melayu Untuk Pesakit Darah Tinggi Bagi Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk limat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan.

Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu. Amalkan selama seminggu berturut-turut.

Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda menurun.

Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.

Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.

Pilihan 7: Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda.

Pilihan 8: Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.

Pilihan 9: Jadikan daun sabung nyawa sebagai ulam-ulaman. Jika anda memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan bagaikan hendak muntah. Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.

Pilihan 10: Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih. Bersihkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja. Kemudian kisarkan atau tumbuk lobak putih itu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tersebut ke dalam gelas. Minum jus tersebut 2 kali sehari.

Pilihan 11: Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tersebut dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.

Pilihan 12: Ambil beberapa helai daun akar mempelas yang telah matang dan bersihkan. Kemudian, rebus daun tersebut hingga mendidih. Setelah mendidih, biarkan air rebusan tersebut suam. Akhir sekali, minum air rebusan perlahan-lahan. Sebaik-baiknya amalkan meminumnya setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan tengahari dan malam.

 

Berikut tadi adalah 12 petua, tips, panduan, teknik, kaedah, cara bagaimana untuk mengawal tekanan darah tinggi seseorang. Seseorang yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi boleh mengamalkannya untuk mengawal tekanan darah tinggi mereka supaya terkawal dan baik

Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsiaan ini.

 

IKLAN (PRODUK RUMAHTANGGA SUAMI ISTERI)

petua panduan tips mengawal tekanan darah tinggi

Stor Suami Isteri