Panjang Umur Dalam Ketaatan Kepada Allah

Panjang umur merupakan impian setiap manusia. Manusia dibenarkan untuk berdoa kepada Allah untuk panjang umurnya. Panjang umur dalam ketaatan kepada Allah baik untuk kehidupannya di dunia dan juga akhirat. Segala umur kehidupan makhluk Allah sudah pun ditetapkan Allah. Di dalam hadis nabi membicarakan bagaimana umur seseorang menjadi panjang apabila mengamalkan ajaran dan kebaikan yang tertentu dengan izin dan kehendak Allah. Bagaimana umur menjadi panjang dan keadaan adalah ilmu Allah yang kita mungkin dapat memahaminya.

Namun kita diharuskan untuk berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada Allah. Dengan panjang umur kita dapat melakukan pelbagai kebaikan dan mencari bekal pahala untuk kehidupan diakhirat kelak.

Antara tulisan lain yang membicarakan dengan umur dan panjang umur adalah seperti tulisan dibawah ini. Tulisan dibawah membawa hadis dan juga ayat Al-Quran yang membicarakan mengenai umur dan kemana yang dihabiskan dalam kehidupan seseorang itu. Kehidupan seseorang yang panjang umur dan digunakan dalam ketaatan dan kebaikan adalah baik (di dunia dan juga akhirat).

cara mendapat amalan panjang umur

Berbuat Baik Kepada Orang Dan Menjaga Silaturrahim (Terutama Ahli Keluarga) Akan Dikurniakan Umur Panjang. In sha Allah

Semoga kita semua dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada Allah dan dimatikan dalam iman. Ameen

Bacalah tulisan dibawah :-

** Kajilah hadis-hadis ini untuk memastikan ianya sahih dengan orang yang mahir ilmu hadis. in sha Allah

Dalam sebuah hadith disebut “Sesungguhnya kebaikan menambahkan umur dan kejahatan mengurangkan umur“. Di dalam hadith yang lai pula “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umurnya:
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadis Riwayat Bukhari).

Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka.

Ali-Imran 178] Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

Nabi dan sahabat iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar hidup 63 tahun sahaja tapi umurnya diguna sepenuhnya untuk Islam. Berbeza dengan kafir yang dilanjutkan usia untuk menentang Allah. Kata orang kampung lebih baik mati dari hidup menambahkan dosa (dalam kekafiran). —> sumber [etikan — http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/01/19/panjang-umur/

Marilah kita muhasabah diri dengan umur yang diberikan Allah kepada kita, apa yang kita lakukan…

Kuliah Ustaz Azhar Idrus mengenai panjang umur