Penawar Kencing Manis

Tahukah anda, bahawa penghidap penyakit kencing manis sangat berisiko besar dan peluang untuk mendapatkan penyakit kronik yang lain adalah sangat besar. Sekiranya anda adalah seorang penghidap penyakit kencing manis, hal ini bermakna anda juga berpeluang untuk menghidap penyakit kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan tekanan darah tinggi. Anda juga sangat berisiko untuk menghidapi angin ahmar, lumpuh separuh badan, neuropati iaitu penykit saraf dan juga mata anda akan menjadi kabur dan juga anda boleh manjdi buta. Jadi adalah anda hanya akan terus membiarkan penyakit kencing manis membawa mudarat kepada anda? Sudah semestinya tidak. Jadi, artikel kali ini akan membincangkan sedikit sebanyak tentang penawar kencing manis.

peria katak mampu merawat penyakit kencing manis

Penawar kencing manis yang pertama ialah dengan menggunakan peria katak. Tahukah anda bahawa peria katak sangat sesuai untuk merawat penyakit kencing manis. Walaupun pahit, namun sangat memberi kesan positif kepada pesakit kencing manis. Peria katak ini boleh dikisar dan dijadikan jus. Peria ini juga boleh dimasak tanpa minyak mengikut kesesuaian untuk pesakit.

Seterusnya, kencing manis dapat diubati dengan menggunakan halba atau fenugreek. Menurut kajian awal, halba atau fenugreek ini mengandungi bahan aktif dan ‘soluble fibre’ iaitu serat yang larut air serta sangat baik untuk hypoglycemic. Dalam masa yang sama, kencing manis juga dapat diubati dengan menggunakan jintan hitam. Dalam masa yang sama, Gymnema juga dapat digunakan untuk merawat kencing manis. Gymnema merupakan bahan tradisional yang telah lama digunakan di India dalam proses rawatan yang dipanggil Ayurveda. Menurut kajian, Gymnema ini dapat meransang organ pankreas untuk menghasilkan hormon insulin yang dapat membantu mengawal kandungan gula di dalam darah.

bersenam merupakan penawar penyakit kencing manis

Daun bidara juga merupakan penawar kencing manis . Hal ini kerana, daun bidara dapat mengelakkan kerosakkan pada sistem saliran darah di dalam tubuh kita. Seterusnya, buah petai juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk merawat penyakt kencing manis ini. Selain daripada buah petai, batang pokok petai juga mengandungi khasiat yang sama untuk menrawat penyakit kencing manis.

Kencing manis bukan sahaja dapat dirawat dengan kaedah-kaedah kampung atau saintifik. Tetapi, pesakit yang menghidap kencing manis juga hendaklah bersama-sama mengawal tabiat pemakanan untuk memastikan kandungan gula di dalam darah tidak bertambah. Pesakit yang menghidap kencing manis hendaklah mengurangkan pengambilan nasi yang tinggi karbohidrat. Hal ini kerana , karbohidrat juga merupakan penyumbang gula selain daripada gula di dalam makanan.

Seterusnya, penawar kencing manis ialah dengan selalu bersenam. Tahukah anda, bahawa dengan bersenam dapat membakar lemak di dalam badan, serta menggunakan lebihan kandungan gula di dalam tubuh dan ditukar ke dalam bentuk peluh setelah bersenam. Oleh hal yang demikian, pesakit kencing manis dinasihatkan agar banyak bersenam tetapi mengikut cara yangs sesuai dan yang tidak memudaratkan diri.

Demikian sedikit sebanyak perkongsian tentang ubat untuk merawat penyakit kencing manis. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.