Perihal Kahwin Muda

Perihal kahwin muda memang baik dan diharuskan Islam. Kahwin muda memang digalakkan didalam Islam. Hajat untuk berkahwin muda merupakan suatu tindakan yang seperti dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ustaz Azhar Idrus menjelaskan mengenai perihal dan yang berkaitan dengan kahwin muda ini.

Namun harus diingatkan bakal suami harus melengkapkan dengan ilmu asas dalam agama. Ianya dijelaskan lengkap oleh Ustaz Azhar Idrus. Namun sebagai mereka yang berhasrat untuk kahwin muda atau kahwin awal ini jangan merasa takut dengan hasrat dan cita-cita itu. Malah ambillah ianya sebagai langkah dan tindakan untuk memotivasikan diri untuk anda berkahwin awal. Ianya dijelaskan lengkap dalam artikel ini mengenai jangan takut untuk kahwin muda — sinarislam

kelebihan kebaikan kahwin muda

Rahmat Kahwin Muda

Apakah kebaikan kahwin awal atau kahwin muda ini?

Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan kepada mereka berkahwin awal atau kahwin muda ini. Antara kelebihan dan kebaikan kahwin muda boleh diringkaskan seperti dibawah ini.

Mereka Yang Kahwin Muda Tidak Membuang Masa
Tanya diri anda, dalam setahun, berapa ramai koleksi bekas kekasih yang anda ada? Ataupun berapa lama anda sudah bersama dengan kekasih sehingga kini? Berapa kerap dalam seminggu anda keluar tanpa arah tuju bersama dengan rakan anda yang masih bujang? Bayangkan sekiranya anda sudah berkahwin, pasti kehidupan anda jauh lebih teratur dan mungkin anda sudah mempunyai anak yang menjadikan perjalanan hidup anda lebih bermakna.

Mematangkan Diri Dan Jiwa Seseorang Suami Dan Isteri
Mesti ramai yang bersetuju apabila kami menyatakan perkahwinan boleh mematangkan seseorang. Ia memberikan anda tanggungjawab baru dan anda akan seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi komitmen baru anda. Menjadi lebih bertanggungjawab dan komitmen merupakan di antara faktor seseorang itu cepat matang.

Lebih Stabil Selepas Perkahwinan, Berkat Dan Rahmat Kahwin Muda
Ramai yang menunggu untuk menjadi lebih stabil dari segi kewangan sebelum mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidakkah anda fikir, perkahwinan itu sendiri yang membuatkan anda menjadi lebih stabil. Dengan kehadiran orang baru di dalam diri anda, pasti anda akan bekerja lebih keras untuk memastikan kehidupan anda sekeluarga menjadi jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Faktor Kesuburan dan Anak
Sekiranya anda berkahwin selepas umur 30an, tahap kesuburan anda, tidak kira lelaki atau wanita, akan merosot. Bagi wanita, risiko untuk melahirkan anak setelah usianya meningkat menjadi semakin tinggi. Menurut kajian, faktor umur seseorang ibu turut mempengaruhi tahap kebijaksanaan dan kesempurnaan seseorang anak.

Anda Boleh Bersara Awal
Tidakkah anda terfikir sekiranya anda berkahwin pada awal umur 20-an dan sudah mula menimang cahaya mata, ketika anda berusia 40-an, anak anda sudah mula bekerja. Anda sudah boleh bersara awal. Hidup lebih bermakna pabila anda sempat menyaksikan anak anda berumah tangga dan menimang cucu atau mungkin cicit. Anda dan anak anda juga kelihatan seperti adik beradik! Bukankah itu sesuatu yang baik?

Berikut adalah perkongsian mengenai perihal kahwin muda ini. Ustaz Azhar Idrus berkongsi mengenai teknik atau cara untuk menyakinkan ibu bapa untuk menyatakan hasrat untuk berkahwin muda.

Tengok video kuliah Ustaz Azhar Idrus, moga memberikan kebaikan kepada diri.

In sha Allah