Pesawat MAS MH17 Terhempas

Berita yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dan dunia apabila pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine dalam wilayah Snizhne. Pesawat MAS MH17 yang terhempas itu diberitakan membawa sejumlah 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak. Pesawat MAS MH17 terhempas diberitakan selepas ditembak di sempadan Ukraine.

Menurut blog dramaraja.blogspot …. Sebuah pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 milik MAS Airlines telah ditembak jatuh oleh angkatan bersenjata yang mengawal sempadan Ukraine hari ini.

Pesawat ini dipercayai telah terbang pada ketinggian 10km (6.2 batu) dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas setelah ia ditembak jatuh, sumber berita Russia Interfax melaporkan. Pesawat meninggalkan Amsterdam Airport Schiphol pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dan dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur. Pesawat tersebut membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 anak kapal.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat tersebut telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu. Manakala, jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan penerbangan MH17 tersebut selepas ia berlepas dari Amsterdam pada jam 12.14 pagi waktu tempatan (Amsterdam).

Penerbangan MH17 hilang daripada radar ketika ia melintasi ruang udara Ukraine, katanya.

Sky Katie Stallard, di Moscow, dalam satu laporan media telah mencadangkan agar pesawat turun di rantau Donetsk, di mana terdapat pertempuran berat baru-baru ini ditengah-tengah ketegangan berterusan antara Russia dan Ukraine.

Senarai anak kapal pesawat MAS MH17 terhempas ini adalah seperti berikut..

PM Najib dalam sidang medianya berkata Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

Sementara itu, laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

– 23 warga Malaysian
– 154 warga Belanda
– 27 warga Australia
– 11 warga Indonesia
– 6 warga British
– 4 warga Jerman
– 4 warga Belgium
– 3 warga Filipina
– 1 warga Kanada

Codeshare airline KLM says MAS’ MH17 emergency hotline is +31 70 3487770

Lokasi kejadian pesawat MAS MH17 terhempas disini..

lokasi kejadian pesawat MAS MH17 Terhempas

Dikatakan senjata yang digunakan untuk menembak pesawat MAS MH17 seperti yang berikut ini

senjata menembak pesawat MAS MH17 terhempas

(The Buk Missile, surface-to-air Buk launcher milik Ukraine)

Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan “The Buk Missile” yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne. Pesawat tersebut ditembak dengan cara “surface-to-air” menggunakan Buk Missile di altitud 10,000 di udara dan telah jatuh di kampung Hrabove, utara dari Torez, Ukraine.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada “air-to-air” missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.

Ketegangan di sempadan Russia dan Ukraine semakin meruncing.

Gambar-gambar pesawat MAS MH17 terhempas

gambar pesawat MAS MH17 terhempas

kenyataan MAS mengenai pesawat MAS MH17 ditembak jatuh

gambar mangsa nahas pesawat MAS MH17 terhempas

laporan reuters mengenai pesawat MAS MH17 terhempas

gambar serpihan pesawat MAS MH17 terhempas ditemui

Kenyataan PM Najib mengenai pesawat MAS MH17 terhempas atau ditembak jatuh di Ukraine..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

“Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta,” katanya di Twitter.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

“Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya,” katanya di Twitter.

Pesawat itu dilaporkan membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Ia berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan Al-Jazeera menyebut, pesawat itu mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Video dikongsikan penduduk tempatan dikatakan menunjukkan kepulan asap tebal dikatakan dari pesawat MAS MH17 yang terhempas setelah ditembak jatuh itu di youtube