Petua Dan Rahsia Kekal Muda

Ramai lelaki dan wanita ingin tahu petua dan rahsia kekal muda ini. Apabila umur sudah meningkat, kita memikirkan bagaimana untuk kekal muda dan penampilan serta wajah lebih muda dari usia. Sebenarnya kekal muda ini sudah menjadi industri yang besar. Banyak produk-produk mengembalikan keremajaan atau kekal muda yang ditawarkan. Antara produk hebat sebagai petua dan rahsia kekal muda ialah produk collagen.

rahsia kekal muda dan cantik

Usaha Untuk Melambatkan Proses Penuaan

Petua Untuk Melambatkan Proses Penuaan & Rahsia Kekal Muda

1. Diet dan makanan tambahan – Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian. Contoh makanan tambahan yang menjadi Rahsia Kekal Muda masyarakat Cina ialah pengambilan Collagen.

Minuman Collagen terbaik

rahsia kekal muda

Makanan Tambahan Collagen Yang Mencukupi Untuk Tubuh Menjamin Kesihatan & Memutihkan Kulit Dan Wajah

2. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.

3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, makan makanan seimbang serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.

6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif. Tidur mencukupi merupakan petua dan rahsia kekal muda. Ramai orang tidak menjaga masa tidur akan menghadapi masalah muka nampak tua.

8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik. Minum air yang sihat juga merupakan rahsia kekal muda yang hebat.

9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kulit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitar yang tercemar.

Berikut diatas adalah 10 petua dan rahsia kekal muda yang boleh diamalkan untuk melambatkan proses penuaan.

 

 

Pecuci Muka Terbaik Untuk Wajah Muda Jelita

cuci muka rahsia kekal muda

Pencuci Muka All In One Untuk Lelaki & Wanita Mampu Memutihkan Kulit Dalam Masa 5 Hari