Petua Hidup Tenang Dan Bahagia

Petua hidup tenang dan bahagia ini amat diperlukan oleh ramai orang. Semua kita mahukan rahsia untuk hidup tenang dan bahagia. Dengan memiliki ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup ini, pastinya kenikmatan dan keseronokan hidup akan dikecapi sepanjang masa. Apabila hidup kita tenang dan bahagia pastinya kesihatan kita juga baik seterusnya prestasi kerjaya juga akan bertambah baik. Petua hidup bahagia dan tenang ini akan menjadikan kehidupan dan perhubungan kita dengan orang sekeliling juga menjadi baik.

Antara nasihat, panduan, tips berguna, teknik berkesan, cara bagaimana petua hidup tenang dan bahagia ini dengan menghilangkan atau membuang segala sifat-sifat buruk dalam diri kita. Dengan menghilangkan dan membuang segala sifat buruk dalam diri ini akan menjadikan hati kita bersih seterusnya ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup akan dikecapi. in sha Allah

Petua Hidup Tenang Dan Bahagia

Petua Hidup Tenang Dan Bahagia

1. Tinggalkan sifat PEMARAH – Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Tinggalkan sifat PENDENDAM – Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Tinggalkan sifat BAKHIL – Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

4. Tinggalkan sifat TAMAK – Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

5. Tinggalkan sifat TIDAK SABAR – Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

6. Tinggalkan sifat EGO – Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

7. Tinggalkan sifat RIAK – Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

Demikianlah tadi panduan, nasihat, teknik berkesan, rahsia mudah, cara bagaimana petua hidup tenang dan bahagia yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja..

 

Jom like facebook demibahagia