Petua Hilangkan Parut Jerawat

Jerawat datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Ianya dapat diklasifikasikan kepada jerawat ringan, jerawat yang sederhana teruk dan jerawat teruk. Jerawat yang ringan merujuk kepada whiteheads atau bintik hitam yang kebanyakan daripada kita mengalaminya tidak mengira masa. Jerawat sederhana teruk pula termasuk dalam jerawat merah radang yang dipanggil papules manakala jerawat merah dengan bintik-bintik putih pula dikenali sebagai pustules. Jerawat teruk dan menyakitkan menyerupai ketulan atau nanah yang biasanya tumbuh di bawah kulit. Perkara yang paling serius ialah masalah parut yang disebabkan oleh jerawat yang timbul di muka. Pendekatan terbaik adalah dengan mendapatkan rawatan untuk jerawat di saat ianya muncul untuk mencegah daripada menjadi teruk dan risiko untuk ianya menjadi parut amat tinggi jika dibiarkan tanpa mendapatkan rawatan awal. Terdapat pelbagai cara dan petua hilangkan parut jerawat tanpa mengeluarkan modal yang banyak untuk merawat parut jerawat dengan menggunakan sumber alam semulajadi iaitu kaedah tradisional.

Kaedah tradisional ini adalah di antara kaedah yang popular dan banyak diamalkan untuk menghilangkan parut jerawat kerana kaedah tradisional ini tidak melibatkan kos yang besar serta boleh didapati di mana-mana sahaja. Pertama, dengan menggunakan kayu manis. Kulit kayu manis atau lebih dikenali dengan nama Cinnamon merupakan sejenis pohon yang menghasilkan rempah. Selain digunakan untuk bahan makanan, kayu manis juga secara tradisional dijadikan sebagai supplemen untuk pelbagai jenis penyakit dicampur dengan madu misalnya untuk pengubatan penyakit radang, sendi, kulit, jantung dan perut kembung. Manfaat kayu manis untuk tujuan kecantikan wajah adalah disebabkan kandungan anti-inflamasi di dalam kayu manis yang dapat mengangkat sel kulit mati sekaligus dapat menghaluskan kulit wajah selain daripada merawat parut jerawat. Terdapat dua cara memanfaatkan kayu manis, cara pertama adalah dengan menumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan sedikit air dan letakkan pada parut jerawat manakala cara kedua dengan mengasah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Letakkan pada wajah yang mempunyai parut setiap malam dan cuci menggunakan air suam keesokkan hari.

kayu manis merawat parut jerawat

Petua hilangkan parut jerawat seterusnya dengan meningkatkan pengambilan protein. Protein adalah komposisi asid amino iaitu bahan asas yang membentuk sel dalam tubuh badan termasuklah kulit. Badan kita memerlukan jumlah protein yang cukup untuk membina tisu-tisu baru terutamanya collagen. Collagen ini terbentuk dari gabungan vitamin C dan protein yang bertujuan untuk proses penyembuhan luka termasuklah parut jerawat. Oleh itu, badan kita memerlukan 2 atau 3 hidangan yang kaya dengan protein supaya proses penyembuhan parut jerawat akan bertindak dengan cepat selain juga digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam badan.

Protein dapat menghilangkan parut jerawat

 

Kesimpulannya, tidak susah untuk merawat parut jerawat dan diharap pembaca dapat memanfaatkan penulisan tentang petua hilangkan parut jerawat.