Petua Kulit Licin

Setiap orang pasti mengimpikan kulit yang licin serta putih bersih walaupun normalnya ramai yang mengalami masalah jerawat, muka yang meninggalkan bekas parut jerawat, masalah kulit kering ataupun masalah muka berlubang. Terdapat banyak produk-produk kecantikan yang dijual dengan harga yang mahal, namun belum tentu ada jaminan tentang keberkesanannya. Kalian pasti ingin merawat kulit wajah daripada cela dan kotoran dengan pantas tetapi tiada cara yang berkesan dalam masa yang singkat. Adakah anda semua tahu bahawa anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk cantik dan memiliki kulit muka yang licin kerana terdapat banyak cara penjagaan kulit wajah secara semulajadi dan tradisional serta ianya berkesan lagi menjimatkan. Melakukan perawatan pada kulit wajah sememangnya sangat penting kerana wajah merupakan perihal yang sering dilihat kebanyakan orang, apalagi ketika kita memiliki wajah yang kusam, kurang cerah dan tidak licin sudah pasti penampilan kita akan terjejas. Sesetengah orang sanggup berbelanja ratusan ringgit sebulan untuk membeli berbagai jenis krim bermacam jenama semata-mata untuk mendapatkan kulit yang gebu dan licin sehalus bayi. Tiada gunanya berhabis wang yang banyak jikalau hasilya tidak memuaskan. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa mengeluarkan kos yang banyak.

Petua kulit licin yang pertama adalah dengan menggunakan buah tomato. Tomato kaya dengan khasiat seperti kandungan serat, zat besi, vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kekuatan fizikal tubuh badan. Menurut suatu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, didapati pigmen merah pada bahagian kulit tomato mengandungi Iycopene yang mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki serta mempunyai khasiat antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat tomato yang berkait rapat dengan kecantikan kulit dikatakan berkesan merawat penyakit kulit, mengurangkan masalah jerawat  dan melicinkan kulit muka. Caranya adalah dengan bersihkan tomato yang telah masak lalu dibelah kepada dua bahagian. Ambil sebelah bahagian, sapukan ke bahagian muka dengan rata dan biarkan ia kering selama beberapa minit. Apabila ia dah kering, basuh muka dan keringkan dengan tuala bersih.

tomato licinkan kulit

 

Seterusnya, petua kulit licin yang ingin dikongsi adalah dengan menggunakan madu. Tidak banyak orang yang tahu tentang manfaat madu untuk wajah kerana mereka berpendapat madu hanya digunakan sebagai bahan pemanis pada makanan padahal madu sangat bagus untuk kecantikan kulit, kesihatan bahkan untuk rambut. Langkahnya adalah dengan mencampurkan madu dan yogurt sehingga sebati, sapukan pada permukaan muka dan biarkannya selama 20 minit lalu bilas dengan air bersih.

petua licnkan kulit dengan madu

 

Akhir kata, diharap pembaca dapat memanfaatkan pembacaan tentang petua kulit licin ini. Tidak perlu keluarkan kos yang banyak, sebaliknya bahan semulajadi sudah cukup untuk mendapatkan kulit licin.