Petua Menjadi Suami Terbaik

Entri kali ini admin akan berkongsi mengenai panduan, rahsia, teknik, cara bagaimana, petua menjadi suami terbaik. Petua menjadi suami terbaik ini sering di google oleh para suami untuk dijadikan panduan untuk mereka amalkan bagi menjadikan diri mereka dalam golongan suami yang terbaik. Terdapat banyak ciri yang boleh diamalkan oleh para suami sebagai petua menjadi suami terbaik. Suami terbaik ini menjadi idaman para isteri. Dengan memiliki suami terbaik pastinya kehidupan rumahtangga menjadi lebih aman tenang dan bahagia. Petua menjadi suami terbaik yang paling asas ialah suami haruslah memasang niat dan berazam dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang terbaik kepada isteri-isteri mereka. Dengan niat dan keazaman yang tinggi untuk menjadi suami terbaik ini, in sha Allah kehidupan dan perjalanan seseorang suami itu menjadi terbaik akan terbimbing.

petua menjadi suami terbaik

Niatkan Untuk Menjadi Suami Terbaik Kepada Isteri

1. Ringan Tulang – Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan sahaja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan.

2. Ambil Hati Isteri – Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami. Contohnya, masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.

3. Uruskan Anak-Anak – Jika terlihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, uruskan hal anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.

4. Tunjukkan Kasih Sayang – Jika isteri anda bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, suami harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi pendorong untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

5. Sediakan Pembantu Rumah – Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika berkemampuan, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

6. Doakan Kebaikan Untuk Isteri – Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan isteri ketika anda solat. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

Berikut diatas adalah petua menjadi suami terbaik. Tips, panduan, nasihat berguna, cara berkesan diatas boleh diamalkan oleh para suami untuk menjadi suami yang terbaik dan cemerlang.

 

Jom like facebook demibahagia