Petua Merawat Jerawat

Kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat di muka dan badan tentu sekali petua merawat jerawat yang berkesan untuk diamalkan. Di google terdapat banyak petua merawat jerawat boleh diperolehi untuk diamalkan. Namun begitu, kita haruslah pandai memilih mana petua yang mudah dan sesuai dengan diri untuk diamalkan. Ini kerana kadangkala ada petua merawat jerawat yang terdapat di dalam google ini amat sukar untuk diamalkan. Harus diingat juga kepada mereka yang mempunyai masalah alergik atau kulit sensitif dengan sesuatu bahan yang digunakan mungkin menyebabkan masalah lain pula kepada pengamalan petua tersebut.

Hari ini Izzati akan berkongsi beberapa petua merawat jerawat yang mudah dan berkesan, yang boleh diamalkan untuk mengurangkan dan menyelesaikan masalah jerawat dimuka. Mengikut pembacaan Izzati, berikut adalah yang boleh kita amalkan untuk merawat jerawat di muka di badan kita.

1. Jus Aloe Vera

Sapukan jus Aloe Vera 2 hari sekali dapat membantu menyembuhkan parut jerawat. Macam aku, lebih suka kalau ambil lendir kemudian sapu terus ke muka. Senang, dan cepat. Petik je depan rumah. Parut jerawat aku pun cepat pudar.

2. Bawang Putih

Mungkin agak pedih dan menyakitkan, tetapi bawang putih dikatakan terbukti mampu merawat jerawat. Gosok/ Sental bawang putih mentah ke bahagian yang terlibat beberapa kali sehari, ia dapat mengurangkan parut. Masalah jerawat yang kronik juga dapat disembuhkan menggunakan bawang putih.

bagaimana merawat jerawat menggunakan bawang putih

3. Tomato

Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air. Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak.

4. Timun

Timun selalunya orang cicah dengan sambal sambil makan nasi lemak. wohh. sedap.
Tapi kalau nak cantik bolehlah blend timun sehingga hancur dan menjadi sebatian kemudian sapu di kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 -45 minit kemudian bilas. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat.
Selain itu, kulit akan nampak lebih muda.

petua merawat jerawat menggunakan timun

5. Madu

Madu ialah “a natural bacteria fighter and mosturizer” Ambil satu sudu besar madu dan sapu keseluruh bahagian muka, biarkan selama 20 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu. Hasil?. Tiada lagi jerawat. 🙂

 

 

Diatas telah Izzati senarai bahan-bahan semualajadi yang boleh digunakan untuk merawat jerawat. Semoga dengan petua merawat jerawat yang telah Izzati kongsikan ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat di badan dan di muka mengatasinya dengan berkesan. Bahan semulajadi sememangnya memberi seribu satu manfaat kepada tubuh badan tanpa kita sedari. Kini, mereka yang mempunyai masalah jerawat di badan dan di muka tidak perlu lagi berhabis wang membeli produk atau ubat demi  merawat jerawat yang dialami.

Diingatkan juga petua yang telah Izzati kongsi perlulah dilakukan dengan istiqamah dan berterusan. Ini adalah kerana pengamalan yang berterusan sangat penting dalam memastikan proses merawat jerawat itu memberi kesan kepada mereka yang mempunyai masalah jerawat di muka dan di badan. Selamat mencuba Izzati ucapkan kepada semua.