Petua Merawat Keputihan

Apakah cara atau petua merawat keputihan ini? Ramai wanita yang mengalami masalah keputihan sering mencari panduan, tips, cara, kaedah, teknik atau petua merawat keputihan. Terdapat banyak kaedah atau petua merawat keputihan ini yang boleh diamalkan oleh wanita yang mengalami masalah keputihan. Masalah keputihan ini sering terjadi kepada kaum wanita. Oleh yang demikian, suatu usaha dengan menggunakan petua merawat keputihan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah keputihan yang dialami. Kadangkala keputihan ini akan berbau busuk. Keputihan berbau busuk akan memberikan kesan psikologi yang kurang baik kepada wanita yang mengalaminya.

Petua Tradisional Untuk Merawat Keputihan

Pilihan 1: Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan 3 gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.

Pilihan 2: Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.

Pilihan 3: Ambil kira-kira 30 gram daun baharu Cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.

Pilihan 4: Ambil 20 gram daun dan akar Tapak Leman dan potong kecil. Sertakan juga 10 gram daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gram daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum 2 kali sehari sebelum datang haid.

Pilihan 5: Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.

Pilihan 6: Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.

Pilihan 7: Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

Pilihan 8: Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.

Pilihan 9: Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk. Digunakan sebagai ubat sapu.

kulit delima petua merawat keputihan

Buah Delima

Pilihan 10: Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila sudah sejuk.

Pilihan 11: Ambil segenggam daun turi dan kunyit. Basuh bersih dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan ke dalam ¾ cawan air panas dan dikacau rata. Biarkan untuk beberapa minit sebelum diperah dan tapis untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari.

Pilihan 12: Ambil 120 gram daun turi, 120 gram daun sirih, 50 gram daun ketumbel dan 150 gram daun jambut batu. Hancurkan dan rebus dengan air secukupnya. Campurkan ke dalam air mandian dan berendam untuk beberapa minit di dalam air campuran tersebut.

Pilihan 13: Ambil kira-kira 60 gram bunga balung ayam dan daging secukupnya. Rebus dengan 3 gelas air sehingga daging menjadi empuk. Makan daging dan minum air rebusan itu apabila telah sejuk.

Pilihan 14: Ambil 15 gram balung ayam lebar yang kering, 15 gram daun hempedu bumi kering dan hati-hati ungu kering. Rebus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila telah sejuk. Amalkan 2 kali sehari sebelum makan.

Pilihan 15: Rebus bunga butang dengan segelas air. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 16: Rebus akar dan batang bunga matahari sehingga air rebusan tinggal separuh. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 17: Ambil bunga siantan kira-kira segenggam dan rebus. Biarkan sejuk sebelum diminum.

Pilihan 18: Rebus bunga cempaka telur secukupnya sehingga mendidih. Tapis dan minum apabila telah sejuk.

Pilihan 19: Sediakan beberapa helai daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman. Bersihkan bahan-bahan tersebut terlebih dahulu. Rebus kesemua bahan tersebut hingga mendidih. Setelah mendidih, tuangkan air tersebut ke dalam gelas dan biarkan ia suam. Kemudian, minum air rebusan tersebut sekali sehari. Ulangi meminumnya setiap hari sehingga masalah keputihan anda berjaya diatasi.

panduan petua merawat keputihan

Daun Inai

Demikian tadi 19 pilihan panduan, tips, kaedah, teknik, bagaimana cara atau petua merawat keputihan yang boleh diamalkan oleh wanita yang menghadapi masalah keputihan.

Pilihlah mana-mana petua merawat keputihan diatas ini yang paling mudah untuk anda amalkan bagi menyelesaikan masalah keputihan. Semua petua merawat keputihan ini boleh diamalkan mengikut kesesuaiaan dan keperluan mengikut keadaan

Diharapkan petua merawat keputihan akan mampu memberikan kesan yang baik seterusnya menyelesaikan masalah keputihan yang dihadapi.

 

 

 

PRODUK SUAMI ISTERI ADA DISEBELAH KANAN BLOG INI

LIHAT-LIHATLAH

MUNGKIN ANDA ATAU PASANGAN MEMERLUKANNYA SUATU HARI NANTI

SEMOGA ANDA KEKAL BAHAGIA, GEMBIRA & CERIA