Petua Supaya Suami Sayang

Petua supaya suami sayang ini haruslah dikuasai dan dipraktikkan oleh setiap para isteri. Para isteri yang berusaha untuk memastikan supaya suami sentiasa sayang ini merupakan satu usaha yang baik dan murni. Isteri yang ingin mengikat hati dan cinta suami akan berusaha mencari panduan, tips berkesan, cara bagaimana, kaedah atau teknik, petua supaya suami sayang dan mereka akan cuba mempraktikkan sebaik mungkin. Keadaan dan usaha ini adalah bertujuaan untuk menjadi supaya suami sayang mereka dan juga setia hanya kepada seorang isteri sahaja. Inilah yang sering difikirkan dalam benak hati dan pemikiran mereka. Itulah software & hardware fitrah seorang isteri.

petua supaya suami sayang isteri

Berdoa Kepada Allah Dengan Kerahmatan Dan Kasih Sayang Nya…

Dalam artikel ini akan berkongsi kepada para isteri panduan, tips berkesan, cara bagaimana, kaedah atau teknik, rahsia dan petua supaya suami sayang isteri mereka. Bersama kita mengambil manfaat dari perkongsian petua supaya suami sayang ini.

Petua Supaya Suami Sayang Anda Tidak Cari Perempuan Lain. Inilah yang para isteri sukakannya.

1. Fahamilah perasaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

2. Gunakan kuasa pujukan anda. Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya. Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

3. Menghormati dan memahamilah kehendaknya. Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.

4. Tujukkan rasa gembira bila bersamanya. Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.

5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan anda dengannya. Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami. Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga. Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan atau jiran tetangga.

Demikianlah 6 panduan dan petua supaya suami sayang isteri. Dengan mengamalkan petua suami sayang isteri akan menjadikan suami sentiasa merasa senang dan tenang bersama isteri. Keadaan ini akan menjadikan suami lebih setia terhadap isteri dan kurang berminat untuk mencari yang lain.

Semoga anda berusaha sebaiknya terhadap suami anda. Jadikanlah petua supaya suami sayang ini sebagai panduan anda dalam memikat kasih sayang dan cinta dari suami.

In sha Allah

 

 

 

 

 

IKLAN

Jika anda ada sebarang masalah dalam perhubungan rumahtangga, cubalah selesaikannya secepat yang boleh. Ini untuk menjadikan rumahtangga anda dan suami kekal bahagia, ceria, harmoni dan sejahtera sentiasa.

panduan rahsia tips petua supaya suami sayang

Stor Suami Isteri

 

 

 

Jom Like Facebook Demibahagia Ini Ya !!!