Petua Untuk Menambah Rezeki

Rezeki adalah kurniaan Allah kepada semua makhluknya. Petua untuk menambah rezeki ini dikongsikan dan boleh diamalkan untuk menambah rezeki kita. Kita yakin bahawa Allah telah menetapkan rezeki semua makhluknya. Rezeki yang dikurniakan kepada kita oleh Allah dalam pelbagai bentuk dan keadaan yang mungkin tidak terfikir oleh diri. Petua untuk menambah rezeki ini boleh dilakukan seseorang untuk lebih dekat, yakin dan bersangka baik dengan Allah. Dengan mendekatkan diri kepada Allah, yakin dan bersangka baik kepada Allah menjadikan seseorang itu lebih baik.

petua untuk menambah rezeki

Bersedekah Kerana Allah Merupakan Perniagaan Yang Tidak Akan Rugi !!

Dalam kehidupan seseorang pasti akan bekerja dan berusaha (berniaga atau sebagainya) untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga. Kita melakukan usaha, kerja dan berniaga untuk mendapat upah atau untung sebagai rezeki yang akan digunakan dalam kehidupan seharian. Petua untuk menambah rezeki ini boleh dijadikan panduan, tips, rahsia bagaimana, kaedah, teknik atau langkah-langkah untuk memudahkan dan menambah rezeki dalam kehidupan ini.

In sha Allah.

Petua Untuk Menambah Rezeki
1. Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
2. Rajin melakukan solat sunat Dhuha.
3. Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.
4. Tidak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.
5. Membaca surah Al-Waqiah. Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.
6. Membaca Surah Al-Mulk
7. Membaca Surah Al-Muzammil
8. Membaca Surah Al-Lail.
9. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W setiap hari.

Berikut tadi adalah 9 panduan, tips, kaedah, rahsia, teknik, cara bagaimana petua untuk menambah rezeki kita. Selain dari 9 petua diatas, dengan memperbanyakkan istigfar juga menjadikan rezeki kita lebih murah dan banyak. Istigfar kepada Allah ialah dengan kita sentiasa memohon ampun dan taubat kepada Allah atas segala dosa kita.

Selain itu juga, dengan sentiasa berkongsi rezeki kita dengan orang lain (bersedekah) juga mampu menambah rezeki dalam kehidupan kita. Ingatlah bahawa rezeki yang dikurniakan kepada kita sebagai amanah kepada diri dan juga menjadi ujian dalam kehidupan. Kita dituntut untuk berusaha bersungguh dalam mencari rezeki dengan banyak, namun janganlah rezeki dan harta yang banyak itu berbekas dihati. Banyaklah bersedekah dan membantu orang sekeliling dengan rezeki yang kita perolehi merupakan salah satu petua untuk menambah rezeki kita.

In sha Allah.

 

 

Surah Al-Waqiah

Jom Like Facebook Demibahagia Ya !!

 

facebook petua untuk menambah rezeki

Klik Sini Dan Like Ye..