Rahsia Suami Hebat

Menjadi suami yang hebat idaman semua lelaki. Rahsia suami hebat memerlukan suami melengkapi beberapa kriteria dan ciri-ciri suami hebat. Panduan, tips, teknik, kaedah, rahsia suami hebat ini haruslah ada dalam diri dan sifat seorang suami yang ingin nampak dan dipandang hebat oleh seseorang isteri. Suami yang hebat akan menjadi kebanggaaan seseorang isteri. Rahsia suami hebat ini mampu menjana kehidupan rumahtangga suami isteri yang aman, ceria, bahagia, gembira dan sentosa sepanjang masa. Para suami yang sering berusaha memenuhi ciri rahsia suami hebat ini merupakan usaha yang baik dan patut dipuji.

petua panduan tips rahsia suami hebat

Suami Yang Sentiasa Menjaga Adab Dan Amalan Isteri Dan Anak-Anak

Seorang suami yang berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya merupakan usaha yang baik dan murni. Artikel rahsia suami hebat ini dikongsikan kepada anda untuk membantu anda memberi idea bagaimana cara dan panduan agar suami menjadi suami yang hebat.

In sha Allah

1. Imam Solat – Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan Ilmu-ilmu Agama – Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

teknik kaedah tips rahsia suami hebat

Ustaz Azhar – Ikon Anak Muda Hari Ini

3. Suami Yang Matang – Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak – Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami Yang ‘Independent’ – Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai Prinsip dan Pendirian – Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-anak Bersama Isteri – Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah Suami Serba Tahu – Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Berikut tadi adalah perkongsian untuk semua para suami. Suami yang mampu memenuhi ciri rahsia suami hebat diatas akan menjadi suami idaman dan kesayangan para isteri.

Paksu mendoakan anda mampu memenuhi ciri rahsia suami hebat di atas ya.

 

 

 

 

IKLAN

Produk hebat untuk suami isteri

Ada disebelah kanan web ini.

Lihat-lihatlah dan bacalah

Mungkin anda memerlukannya suatu hari nanti.

Mungkin juga untuk hadiah istimewa buat yang tersayang ya !!

Jom Like Facebook Demibahagia Ya !!

 

facebook panduan petua rahsia suami hebat

Klik Sini Dan Like Ye..