Rawatan Kencing Manis Secara Tradisional

Penyakit kencing manis yang semakin bertambah dalam kalangan masyarakat benar-benar menggusarkan setiap individu. Peningkatan bilangan pesakit kencing manis seakan tak akan berhenti dan akan terus meningkat. Segelintir masyrakat yang kurang berkemampuan terpaksa membiarkan penyakit mereka dengan alasan tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital. Namun tahukah anda bahawa penyakit kencing manis ini juga boleh dirawat secara tradisional selain daripada menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Nah! Artikel kali ini akan menyentuh sedikit tentang rawatan kencing manis secara tradisional. Rawatan secara tradisional ini adalah rawatan secara amnya hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan ehrba, serta tidak menggunakan ubat-ubatan saintifik.

daun sirih dapat merawat kencing manis secara tradisional

Rawatan kencing manis secara tradisional yang pertama adalah dengan menggunakan daun sirih. Cara-cara untuk menggunakan daun sirih adalah pertama, ambil 10 helai daun sirih serta 5 ulas bawang merah. Basuh lalu rebus kesemua bahan dengan dua gelas air sejuk. Air rebusan ini hendaklah diminum pada setiap pagi dan petang.

Seterusnya adalah dengan menggunakan akar patawali atau dikenali sebagai akar serutun. Akar petawali ini boleh digunakan dengan cara diambil sebesar dua inci. Lalu ditumbuk sehingga lumat. Setelah lumat, kesemuanya hendaklah dimasukkan ke dalam air sejuk. Air tersebut hendaklah sebanyak setengah gelas. Setelah lama, tapiskan campuran tersebut. Sama seperti penggunaan daun sirih, air campuran ini hendaklah diminum setiap hari pada waktu pagi dan petang.

buah petai dapat membantu merawat kencing manis secara tradisional

Dalam masa yang sama, rawatan kencing manis secara tradissional yang seterusnya adalah dengan menggunakan buah petai. Ramai yang mengetahui bahawa, buah petai ini sangat berkhasiat dan boleh mencuci buah pinggang. Dalam usaha merawat kencing manis, buah petai digunakan dengan cara mengambil batang pokok petai sebesar tapak tangan, lalu direbus. Apabila rebusan sudah mendidih dan didapati air rebusan telah bertukar menjadi hitam,  ambil air tersebut dan minum. Dinasihatkan agar mengambil air rebusan ini sehari sekali. Di samping batang pokok petai, buah petai juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis. Cara-caranya adalah dengan mengambil 5 keping buah petai, lalu direbus sehingga empuk. Lantas, air rebusan petai itu hendaklah diminum sebanyak setengah gelas pada setiap hari. Pesakit dinasihatkan agar mengambilnya sebanyka sekali sehari.

Rawatan kencing manis secara tradisional yang seterusnya adalah dengan mengambil kulit jering. Kulit jering juga dikatakan mempunyai manfaat yang hampir sama dengan buah petai. Cara pengambilan bauh jering ialah, rebus kulit buah jering sebanyak 10 biji sehingga keluar air kelat daripada kulit jering itu. Seterusnya, sejukkan air rebusan tersebut. Pesakit dinasihatkan agar meminum air rebusan tersebut setengah gelas sehari dan diamalkan setaip hari.

Demikian sedikti sebanyak perkongsian tentang cara merawat kencing manis secara tradisional. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.