Rawatan Kencing Manis Tanpa Ubat

Kencing manis merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh kadar gula yang terlalu tinggi di dalam darah. Kenaikan kandungan gula di dalam darah kebiasaannya disebabkan oleh gaya pemakanan seseorang individu yang tidak mematuhi diet seimbang dan mengandungi kandungan gula dan kolesterol yang tinggi. Dalam masa yang sama, penyakit kencing manis ini juga disebabkan oleh kegagalan organ pankreas untuk merembeskan hormon insulin ke dalam tubuh badan. Hormon insulin ini adalah bertugas untuk mengawal paras gula di dalam tubuh. Seandainya hormon ini gagal dirembeskan atau dirembeskan dalam kuantiti yang sedikit, maka seseorang individu sangat mudah menerima penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis ini sangat memerlukan rawatan yang rapi serta kos perbelanjaan yang tinggi.  Maka, artikel kali ini akan membincangkan tentang rawatan kencing manis tanpa ubat.

daun bidara merawat penyakit kencing manis

Penyakit kencing manis boleh dirawat dengan menggunakan peria katak. India merupakan negara awal yang menggunakan halba sebagai rawatan tradisional mereka untuk merawat kencing manis yang dipanggil ayurveda. Dan menurut kajian awal mereka, peria katak merupakan sejenis insulin tumbuhan. Di mana insulin ini sangat penting dalam mengawal kadar kandungan gula di dalam darah. Jadi, peria katak sangat sesuai untuk dijadikan salah satu bahan rawatan penyakit kencing manis.

Kayu manis juga boleh dijadikan salah satu daripada rawatan kencing manis tanpa ubat. Hal ini kerana, kayu manis mempunyai faktor HMP yang berkesan untuk merawat kencing manis. Kajian yang dijalankan mendapati, penduduk Itali yang sering makan epal pie sangat sukar menghidapi kencing manis kerana epal pie mengandungi serbuk kayu manis yang mampu merawat penyakit kencing manis.

Dalam masa yang sama, rawatan kencing manis tanpa ubat yang seterusnya ialah halba atau fenugreek. Menurut kajian awal India dan Barat, halba sangat berkesan untuk merawat penyakit kencing manis. Hal ini kerana, halba mengandungi bahan aktif dan ‘soluble fibre’ yang sangat baik untuk mengawal hypoglycemic yang baik untuk tubuh badan.

jintan hitam dapat merawat penyakit kencing manis

Rawatan kencing manis tanpa ubat yang seterusnya ialah dengan menggunakan jintan hitam. Ujian yang dilakukan oleh doktor Mesir dan USA memutuskan bahawa jintan hitam mampu merawat kencing manis. Selain itu adalah dengan menggunakan Gymnema. Gymnema adalah salah satu herba yang digunakan dalam rawatan ayurvedic di India yang digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Hal ini kerana, gymnema memainkan peranan penting untuk menggalakkan lagi organ pankreas menghasilkan hormon insulin di dalam badan.

Selain itu, daun bidara kering juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis. Hal ini keana kandungan daun bidara kering mampu mengelakkan daripada kerosakkan sistem saliran darah di dalam tubuh manusia.

Demikian sedikit sebanyak info berkaitan cara merawat penyakit kencing manis tanpa menggunakan ubat. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.