Teknik Merawat Kencing Manis

Kencing manis merupakan penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat kita. Lazimnya, penyakit ini akan dihidapi oleh warga tua, namun menjelang kemodenan masa, penyakit ini mula dihidapi oleh anak-anak muda. Penyakit kencing manis lazimnya disebabkan oleh pertambahan berat badan secara mendadak. Namun, penyakit ini juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan dan organ pankreas yang tidak lagi berfungsi dengan baik.

Kebiasaannya pesakit yang menghidap penyakit kencing manis ini terpaksa mengambil suntikan insulin. Hal ini adalah bagi pesakit yang menghidapi insulin dependent diabetes, iaitu pada jenis yang pertama. Manakala, pesakit yang menghidap non-dependent insulin diabetes, mereka hanya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat. Demikian beberapa teknik merawat kencing manis.

kencing manis dapat dirawat dengan cara tradisional

Namun, kencing manis bukan sahaja dapat dirawat dengan cara mengambil ubat-ubatan, sesetengah pesakit mula mengambil inisiatif lain bagi merawat kencing manis mereka. Ada yang mengamalkan makanan tradisional malah ada juga yang menggunakan teknik semulajadi.

Antara teknik merawat kencing manis yang lain ialah dengan mengamalkan pemakanan tradisional atau berupa herba atau tumbuh-tumbuhan. Pengambilan halba dalam pemakanan secara tidak lansung dapat membantu merawat kencing manis seseorang pesakit. Hal ini kerana, halba mempunyai ‘soluble fibre’ yang sangat baik bagi mengurangkan kencing manis. Dalam masa yang sama, kayu manis juga sangat berpotensi untuk merawat kencing manis. Hal ini kerana, kayu manis mempunyai faktor HMP yang sangat baik untuk mengatasi masalah kencing manis.

minum air putih dapat merawat kencing manis

Dalam masa yang sama, teknik merawat kencing manis adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat. Pesakit yang menghidap kencing manis hendaklah mengelakkan makanan yang mengandungi kadar gula dan lemak yang tinggi. Malah, pengambilan nasi yang mengandungi karbohidrat tinggi juga sangat tidak digalakkan. Pada masa ini, pesakit hendaklah ‘berpantang’ daripada pemakanan yang berpotensi untuk meningkatkan kadar gula di dalam badan.

Seterusnya, pesakit hendaklah rajin bersenam. Hal ini kerana, dengan bersenam dapat membantu membakar lebih banyak lemak dan gula yang berlebihan di dalam badan. Hal ini kerana, gula yang menjadi sumber tenaga akan digunakan sewaktu bersenam dan dilepaskan dalam bentuk peluh dan haba. Tahukah anda, bahawa hanya dengan berjalan kaki selama dua jam setengah dapat membakar banyak lemak di dalam badan. Ternyata, senaman bukanlah hanya dengan melakukan aktiviti lasak.

Teknik merawat kencing manis juga adalah dengan mengambil mengamalkan minum air putih. Air putih adalah sangat digalakkan diambil sebanyak tujuh gelas sehari. Bukan hanya bagi pesakit diabetes, malah juga untuk semua individu. Air putih sangat baik untuk mengurangkan kepekatan gula di dalam darah. Maka tekanan darah juga dapat dikurangkan. Hal ini sangat baik untuk mengurangkan atau merawat kencing manis.

Demikian serba sedikit perkongsian tentang cara untuk merawat kencing manis. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua