Tips Petua Panduan Penjagaan Alat Sulit Wanita

Panduan penjagaan alat sulit wanita ini merupakan suatu tips, petua, cara bagaimana untuk wanita menjaga kesihatan dan kebersihan alat sulit mereka. Kawasan alat sulit wanita merupakan kawasan keintiman yang sensitif yang memerlukan kepada panduan penjagaan alat sulit wanita yang betul. Umum mengetahui bahawa kawasan sulit wanita amat memerlukan penjagaan yang teliti dan rapi bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau masalah lain yang dihadapi. Panduan penjagaan alat sulit wanita ini digariskan untuk dijadikan panduan kepada semua wanita. Semua wanita seharusnya memahaminya dan menjaga alat sulit dengan baik.

Di internet (google), carian mengenai tips petua panduan penjagaan alat sulit wanita mencapai hasil carian melebihi 3 juta hasil. Dengan yang demikian panduan ini penting kepada penjagaan kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita.

Berikut dikongsikan mengenai panduan penjagaan alat sulit wanita kepada para wanita mahupun lelaki (suami) sebagai maklumat am yang harus difahami.

Petua Menjaga Alat Sulit Wanita

1. Disyorkan agar kaum wanita membersihkan bahagian luar faraj selepas membuang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, anda dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan media yang paling sesuai untuk kuman membiak.

langkah penjagaan alat sulit wanita

Tuala Wanita Pelbagai Jenis Dan Jenama

3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit dan akan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada kandungan pewangi serta buih sabun.

petua panduan penjagaan alat sulit wanita

Wanita Harus Sering Menukar Seluar Dalam Mereka Seharian

5. Pasangan suami isteri diggalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin bagi menjamin kebersihan yang optimum. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing.

6. Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari yang mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

tips petua panduan penjagaan alat sulit wanita

Panty Liner Teman Setia Seorang Wanita

7. Selain dari itu, bengkak nanah juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mengadu sakit serta demam. Rawatan adalah secara incisional dan drainage untuk menggeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Bisul juga boleh terjadi pada wanita yang sering bercukur. Oleh itu kebersihan pencukur perlu dititikberatkan.

8. Wanita yang mengalami keputihan pada alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause.

9. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

10. Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan samaada dia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit menjadi lebih serius.

11. Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.

12. Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Anda dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.

13. Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, anda dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan jumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

 

Berikut tadi adalah perkongsian mengenai tips petua panduan penjagaan alat sulit wanita. Diharap dengan perkongsian ini wanita mendapat idea bagaimana cara panduan penjagaan alat sulit wanita dengan betul dan berkesan.

 

Semoga ianya bermanfaat.

 

 

IKLAN

Produk rumahtangga suami isteri ada disebelah kanan blog ini.

Lihat dan bacalah satu persatu, mungkin anda memerlukannya suatu hari nanti.

Juga boleh dijadikan hadiah kepada pasangan anda.

Ke arah kebahagiaan rumahtangga suami dan isteri.

Semoga anda kekal bahagia dan ceria hendaknya.

Jom Like Facebook Demibahagia Ya !!

facebook panduan penjagaan alat sulit wanita

Klik Sini Dan Like Ye..